Wednesday, December 22, 2010

Bidadari Besi Kita

salam.entry kali nie pelik ckit bunyi. Tak pa, itu tak penting,yang penting isi yang aku nak sampaikan nie.) 


Wanita terkuat di dunia adalah Fatimah Az-zahra Binti Muhammad s.a.w.

Iye ke? Buktinya?

1) Dalam perit menahan pemulauan kepada keluarga, Fatimah berjuang menerima kenyataan ibunya telah tiada dalam usianya yang masih muda. Datuk saudara yang turut bersama juga pergi dimamah usia. Demi ayah, Fatimah takkan menyerah. Walau kecil, Fatimah akan sentiasa tampil.

2) Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) gelaran Fatimah yang utama, tanda hebat seorang anak yang sentiasa menjaga ayah tercinta.. Ibu yang pergi, Fatimah lah yang mengganti. Bila ayah sedih, Fatimah hiburkan hati. Bila ayah kerja, Fatimah uruskan rumah yang ada. Bila ayah bahagia, Fatimah juga berlapang dada.

3) Walaupun Fatimah bongsu, kakak dan abang semuanya pergi dahulu bertemu Tuhan yang satu. Tinggal Fatimah seorang diri menemani ayahnya di dunia ini. Tapi hanya kerana Fatimah, waris si ayah kekal wujud sehingga kini. Walau dulu pernah diperli, janji Allah tak pernah mati. 

4) Semenjak kecil penderitaan ayah di saksi menahan siksa kafir quraisy tak berhenti. Najis dilempar Fatimah buangkan. Pasir di baling Fatimah bersihkan. Luka di pukul Fatimah ubatkan..Ayah tak pernah ditinggal sendiri, Fatimah pasti ada di sisi.

5) Menjadi puteri Rasulullah bukan bermakna menjadi puteri raja. Sedekah bukan miliknya. Hal ummat menjadi prioriti utama. Semua tetamu dirai walau rumahnya tiada berisi. Kurang makanan dan kurang harta peribadi. Segan meminta pada ayah, sanggup Fatimah berdiam menahan segala mehnah walau calar tangan dan berbekas di badan. 

6) Sewaktu hijrah, Fatimah cekal menyerah diri dan hati pada illahi walau risaukan ayah yang pergi sendiri bersama sahabat sejati. Biar ditinggalkan seketika, Fatimah yakin di Madinah kelak mereka akan kembali bersua. Hanya kepada Allah segala perkara diserahkan untuk dijaga. 

7) Suami Fatimah bukan hartawan di dunia malahan Ali antara pemuda termiskin semasa zaman mereka. Walau hidupnya susah walau selepas bersuami, Fatimah tak pernah mengeluh dan menyesal sendiri kerana tahap hebatnya iman dan peribadi Ali teramat tinggi hingga satu-satunya dipilih menjadi menantu nabi,suami kepada penghulu wanita di syurga nanti.

8) Patuhnya Fatimah pada suami jelas tertera saat pertama kali Ali terguris hati. Kerana risau tidak diampun suami, maaf diulang berjuta kali. Malah ditawafnya Ali 70 kali semata mahu mendamba keampunan suami. Tabah sungguh hati isteri sehingga Ali kembali senang hati. 

9) Di Perang Khandak, Fatimah antara tenaga wanita yang menyediakan makanan buat wira-wira penggali strategi. Di Perang Uhud, Fatimah jua yang turun sendiri merawat luka ayahanda yang cedera di medan bakti. Di mana ada Rasulullah, di situ pasti ada Fatimah.

10) Saat ayahnya hampir wafat, Fatimah tetap berdiri kuat Hatinya bercampur sedih dan bahagia. Pertama kerana ayah tercinta bakal pergi . Kedua kerana Fatimah bakal terawal menyusul nanti...

Kata ibu tirinya (Aishah r.a): 
"Saya tidak pernah berjumpa dengan susuk peribadi yang lebih besar daripada Fatima, kecuali keperibadian ayahnya."


Kata ayahnya pula (Rasulullah s.a.w):
"Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku"



p/s: semoga diriku setabahnya.:)

No comments:

berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...