Friday, January 28, 2011

befdayrenn + jmpa azimahhhhh

salam.
alhamdulilah masih diberi peluang menjengah dunia hari nie.

Hari nie befdayy akuu :PP (tipuuu..tipuuuu.memang pun tipu..:P)
hari nie befday syazreen. genap 18 tahun hari nie.
Semoga panjang umur dalam mengingati Allah n rasul.
Hri nie teman dia keluar ngn kawan2 lain sempena befday dia.

dapat jumpa azieeeemah a.k.a mumut (bohh marahhh kmk jak pat nggah ktk gya)
Story-ing . walk-ing . eat-ing.. laugh-ing
then kongsi2 cerita selama 2 tahun x jumpa. al-maklum la.dia kan duk asrama penuh
selama nie...:) xhabis2 sakat dia..dia jadi modell hari nie..model kedayy..:)

then,
ena..:) dia sudah ada " soul" katanya..
moga semua baik2 k..

itu saja untuk hari nie..:)

p/s: 6 bulan lagi befdayya ku..:PP






Wednesday, January 26, 2011

Manfaat Dari Derita..


"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.
"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.
Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.
Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.
Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.
Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.
Ketiga,nya penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.
Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."
Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.
Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).
 sumber: i.luv.islam


p/s : buat peringat diri sendiri.

wahai bakal teman hidupku, bacalah...

salam.
buat bakal teman hidupku, hayati dan bacalah agar kau mengerti pa yang aku inginkan.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

p/s: segala urusan kita serah pada ALLAH.

Tiada luka yang abadi

ini lirik aku. aku cair dan melting bila dengar first time.
tak apa, aku akan terus bersabar dan bersabar.
da sumthing happend. :(

orang kata setiap apa yang melanda dalam hidup ini kita kena sabar dan bersabar hadapi.
tak kisah la orang nak akta kita nie apa. kita sabar je.
mengalah bukan bererti kita kalah dan menyerah.
siapa tahu dengan kesabran kita hari ini, kebahagiaan yang kita tak pernah sangka kan datang dalam
hidup kita. dan siapa tahu dengan kesabarn kita hari ini hati seseoran akan berubah??
tak rugi sabar. walaupun sabar ni sakit, perih ,derita, kecewa dan kadang2 maruah diri dipijak-pijak orang sesuka hati dan di hina tanpa usul periksa.

sabar itu sebahagian dari iman.
aku tak nak cerita panjang..hanyati bait2 kata lagu tu k..

TIADA DUKA YANG ABADI-OPICK

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini




p/s: orang kata batas kesabran seseorang itu ada had. betul. bukan aku tiada batas kesabran tapi aku akan terus bersabar.

Monday, January 24, 2011

keje..keje tgh pagi buta

salam.
dah dekat kol 2 pagi nih.
selamat pagi. 

pa yang aku buat pagi-pagi camne masih duk menghadap lappy?
aku online. tapi aku tak buka FB. YM. SKYPE. 
aku layan blog dan menyiapkan kerja2 aku.
aku da kerja tau ingat aku duk umah on9 24 jam ka.
Tak..,aku perlukan masa untuk diri sendiri gak. .

FB . YM . SKYPE.
Semua tu aku tak buka,kecuali time aku datang sengal ada la.hehehe.
sebenarnya aku tengah flu, p aku lawan je flu aku.
Aku hairan bin ajaib betul la..pa sal la bila kena 'e-kon' aku mula la naik flu.
takleh duk lama-lama kena 'e-kon' silap hari bulan konfem jatuh sakit.

pagi-pagi cam ni, banyak benda yanga da dlm benak fikiran aku.
hm.mm.mmmmm...

kalau dah tahu sesuatu perkara tu sakit, senang je, jangan buat.

P/s : mode agak malas nihh..:)



Thursday, January 20, 2011

what to say?

Asalamualaikum dan salam2 kat sesapa je bace entry nie .:)

Apa nak cakap? aku dah mati ayat nie.
Aku pun tak tahu nak cakap apa.
Nak buat luahan? he he he.
Entah la,dulu kat blog peribadi aku, sebelum blog nie wujud, aku suka buat luahan
hati kat blog tu, rasa geram aku masa kat sekolah , rasa happy aku,
dan semualah tentang hidup aku aku cerita dalam blog tu~
Tapi aku tutup blog tu untuk tatapan umum atas sebab tertentu dan faktor-faktor
keselamatan. Kat situ segala macam rahsia kerajaan aku yang pegang. xda la.
Aku rasa blog tu untuk aku je n diri aku sebab tu akan tutup untuk umum dan buat blog baru nie.
(adohh2 panjang palk aku xplen.tadik tak tahu nak cakap apa he he)

Sekarang nie,bukan aku tak nak tulis je apa yang aku rasa,
Tapi aku fikir, usia dah semakin matang tak nak asyik nak tulis tentang luahan aku je.
sure al boring al bosan orang baca..aku pun boring nak taip ngeee~

Hari nie aku duk umah je dari pagi tadi jadi director penerbitan (yela tuu.abaikan)
Aku buka mukabuku kejap just balas coment2 sahabat aku. Then aku off.

Taklah nak duk situ 24 jam cam takde keja lain nak buat walaupun sekrang nie aku tak kerja pun
bukan apa, parents memang tak bagi. hari tu bagi ,tapi lepas tu cakapa lagi tak yah la hang keja.
"kaka orang tua boh dilawan juee. ekot jak k." pesan sorang sahabat. 
Betul la kata dia, kalau tak dgr cakap orang tua nak dgr cakap sapa lagi? 
Mereka tahu apa yang terbaik untuk kita. dulu makan garam orang kata.

Aku pun tak pasti apakah yang aku nak cerita sebenarnya. kejap aku corner sini. kejap aku corner sana plak. tak pelah atlis aku cerita somethingkan? kan? . Tajuk pun what to say..

p/s : aku nak cakap, aku baik-baik je.









Monday, January 17, 2011

kmuuu oh Facebook

Salam.
Facebook a.k.a mukabuku.
sure ramai yang ada kan..mun x ada pun
sure lepas tok akan ada..
yealaha FB kan medium sossial knek tok..:)

Fb aku dolok..selalu kena deactive ku..ciannya..
p, insya-Allah xakan gik kecuali mun..bulan..:P

Nak kata FB ku private x la..p agak2 la ckit..privacy first ..
mun semua dalam  orang dah tahu sal kita ermm rasa x best la..
p ya terpulang pada individu masing2 la..nei kata diri lakan.. Fb kitaorang...:)



INFO
Info kat fb ku ya..bulak jak..cda la..benala.kecuali bab sibling ya.dalam sibling ya.2 orang jak nok adik benar.yang lain ya.kwn2 rapat.:) 

PICTURE
Gmba dalam ya semua gamba2 rah sekolah. Bangunan sekolah + geng2 class mate semua. Ada jua nak upload gamba life,p lak2 la owhh. Ku sebenarnya x ska letak pic ku byk2. coz ku bukan untuk tatapan.
P ku suka ambik gamba.:) Koleksi gamba hanya insan tertentu jak leh dikongsikan..:) *cecehhh..:P

CHATBOX
Tok nang sentiasa OFFLINE. Chatbox ku ONLINE mun dah dak geng desak o ada hal yang betul2 urgent time ya. Rasanya lebih tenang gik OFFLINE chatbox.. Ku guna bila perlu jak. *chatbox kadang2 orang nak main2 jak..soryy.ku xlayan..carilah orang yang mok layan.ngee~

STATUS.
fuhh.bab tok..tgk la rah FB aku. Dolok aku x engkah pa2. baik single, engaged, jauh sekali nak engkah married. P nektok status rah FB ya dalah status aku dulu..n knek.:)..

FRIENDS
Byk dalam ya geng2 sma solah ku + saudara jauh + orang yang ku x knl.. Ya keja ku dolok..approve jak orang mun add ku. x kesah aku knl ka x. knek nak ku remove, erm x kempang..pa ka..bia la. Gik pun bukan da nyakitkan hati pun. p, kakya ku dah x approved orang skati gik.mun kenal baru ku approved, mun x cik,abang,kak, datuk,pakcik, minta maaf kmk x approved. 

STATUS WALL
Status wall ya kati ku jak nak tulis.ya hanya sekadar status semata2..di alam maya.jgn embak ke dunia realiti.cewahh..:P Kadang lirik lagu la ku engkah,kadang kata2 pujangga. n sudah pasti kadang..eh bukan kadang p cam selalu jak..sal diri ku..haha :P

Facebook ya pelaburan emosi. bnar. Kat cya la kita luaha pa yang kita rasa, terlintas, atau mok kongsi. Pandai2 la guna Fb ya untuk berhubung ngn dak kawan2 & sedara. Ok la Selamat BerFacebook .

~Facebook ya..alam maya jak..bukan adamaya~



p/s: mode kaka sarawak...:)


Monday, January 10, 2011

cerita sekitar ku~

salam.
sorry my blog tak updates u.
bukan pa..frequensi or selera aku nak online sejak kebelakangn nie menurun ckit
(ada gik ka aku xda mood ?.entah)
aku memerhati semuanya dari sudut berbeza.
macam2 cerita disekitar hidupku

My kawan dah nak bertunang.
Uittt.terkejut aku dengar cerita dia dah nak bertunag nie. Ramei member lain ckp terlalu awal. Tapi bila fikir balit ada baiknya diorang cepat2 menjalin iktan bagi mengelakan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Just think positif je. Dah bertunag ke..kawen ka..bukan tak leh sambung study. Lain la kat sekolah menengah memang pelajar tidak dibenarkan berkahwin. Tapi kalau kat U or kat Institusi lain. Pandai2 hidup la kan..lagi pun semua dah meningkat dewasa tak siapa nak larang janji tak langgar syariat.
Aku respect kat mamat tu. bila dah berkenan terus masuk meminang..tanda keseriusan dia ngn kawan aku tu.
Pa pun aku doakan korang bahagia dunia akhirat.amin.

Sahabat yang pergi berbakti untuk negara.
Ni kisah kawan yang g PLKN. Buat far..far..a.k.a farrah, fahuzaimah, chiew, su ling, floren, bethrace , dan yang terpilih tu. selamat berPLKN yea. Makan 6 kali sehari. bgus tu.syukurilah nikmat yang ada. Aku teringin nak join PLKN, tapi tak pterpilih. Tak pa, ada la hikmahnya tu. Semalam lawat farah ngn family dia.. Tak terpilih join PLKN pun tak pa la..dapat jejak kaki kat kem tu pun kira ok gak.:)

Kawan yang pindahhh
Hari nie, zz akan pindah g KUCHING. semoga semuanya selamat. Dia nie baiikkkk. heheh.
semoga persahabatn yang terjalin tetap tersemai.*jaga diri.kmk akan doakn kita ngn nya..amin.

aku~
Aku plak? sejak tak menghilang nie aku sebenarnya teman mak aku g ambik adik2 yang dah mula sekolah. Tahun nie. Irwansyah=SPM. Firmansyah=PMR. Mohd. Ariffin=UPSR..Selamat berjuang adik2 ku.
mereka nie sedang meninggi dari aku. Tapi tak pa..aku tak tergugat pun.aku rasa kiut adalah.hahah.<----(abaikan,aku mengarut je). Selain tu da lah beberapa urusan yang aku urusan. urusan hidup la katakan.*ceh.cehh..poyo gila ayat aku...:P

p/s: aku share yang biasa je lam blog nie..:) nak tahu cita selanjutnya..tanya la aku..:)





Saturday, January 8, 2011

lagii??

Salam.
Tahun nie aku cuba jadi lebih positif.
Lagi.?? 
Perkara yang sama berlaku lagi sebelum aku SPM hari tu.
Aku harap semua urusan ayah n mak aku dipermudahkan oleh-Nya.

Aku alahamduliah masih dapat menahan emosi.
Aku kena kuat, sebelum nie lagi besar mslh yang melanda aku lei lalui
Bersabar , berusaha dan berserah padana-NYA.

p/s: Aku doakan semuanya baik2 jak.insya-Allah.



Monday, January 3, 2011

bila 2010 melabuhkan tirainya...2011 selamat datang :)

salam.
bila 2010 melabuhkan tirainya.

BUATMU 2010

Alhamdulilah masih bernafas dan diberi kesempatan hidup lagi menjengah tahun 2011 nie.
 Moga tahun nie memberi kehidupan yang lebih baik.
Tahun nie adalah tahun yang aku nanti2 kan.:)
semoga segala perancangan dipermudahkan oleh Allah.
positifkan diri. dan beserah hanya pada yang Esa. i will do. Insya-Allah

Tahun 2010. Tahun yang cukup getir dianatara tahun lain yang pernah aku lalui. Mungkin semuanya berlaku seiring dengan doa aku 3 tahun lalu dan sudah tentu dengan izin-Nya.

(jujur aku megambil masa untuk updates entry nie. tak tahan aku. sebak rasanya nak ungkap tirai 2010 )

 Tahun 2010. Tahun terpenting bagi life seorang pelajar. Tahun nia aku akan SPM. Nie tahu teraher aku di sekolah menengah. Tahun last aku rasa hidup sebagai seorang pelajar. Aku terpaksa berjumpa dengan pihak atasan untuk menolak peluang yang diberikan. Emosi aku memang tak stabil time tu. Dengan tekanan SPM. Namun alhamdulih semuanya ku lalui dan ku redah dengan kekuatan yang ada. 
 Cinta yang fana menjengah hidup ku. aku akui ini kesilapan aku. Semuanya tampak indah bila nafsu menguasai hati dan mengatsi akal. Penuh pergolakan jiwa dan runtuman emosi. Air mata tak yah cerita.
Bukan aku emosi beb. tapi orang tak kan tahu pa yang kita rasa selagi diorang tak alami sendiri dan selidik. 
Manusia suka buat andaian dan hypotesis sendiri tanpa kaji dulu kenapa orang tu cam tu. Itu realiti.
Aku pun kadang2 tak terkecuali berhadapan dengan mansia cam nie. Sabar je la.
Entah la sukar aku nak describe tahun nie. Dikala pergolan jiwa yang berlaku. Sentuhan persahabatan kembang mekar dalam hidup aku. Menjadi seorang yang lebih optimis. 

Yang berlalu biarlah berlalu~
Benda lepas takyah la kenangkan. sekrang masanya aku mengorak langkah membuka lembaran 
Lembaran baru tanpa ******* dalam kamus hidup aku. Menjadi seorang yang baru. Jangan menghakimi aku dengan masa laluku. Sekarang aku bukan kat masa lalu lagi sekarang. .

selamat tinggal 2010 yang penuh penuh pergolakan jiwa + emosi + hati 
ku ikhlaskan semuanya berlaku. :)

&

SELAMAT DATANG TAHUN 2011
LEMBARAN BARU DALAM HIDUPKU..:)

mengorak langkah membuka lembaran....

p/s: sekarang sudah tiba masanya...bersiap sedia dan tenang selalu :)



Hidup kena tenang dan ceria..

Klu orang tak suka.benci.myampah.nak cari hal.cari gaduh.kritik kita.umpt kta.baling kta.hina.pandang serong kat kita. & semua yang swaktu dgnnya.. jgn dbls kerna kita bknya Tuhan nak hukum atau judge insan lain. jadi IGNOREKAN je..kerna hidup penuh kasih sygg.~

*status fb aku nie..

salam.
aku rasa terlalu banyak aku nak cerita mlm nie.
tapi yang paling pentingkan..
aku belajar dari kehidpan ini.apa pun yang kita buat kita kena cool je.
orang marah kita. dengki. berlagak. hina kita. pijak maruah kita. sakitkan hati
kita IGNORE je. 
bukan gila atau pa ha..
tapi kalau kita bls balik dan layan sangat perangai species manusia cam ni
kita sama je dengan diorang.
Tak perlu nak judge o hukum orang..
kita ni sapa? layak ka? 
Sedangkan Allah lagi Maha Pengasih Dan Penyayang
Maha Pengampun kepada hambanya.
Biarlah Allah je balas perbuatan dia.
Lagi 1 jangan kita doakan yang tidak baik pulak untuk orang lain
kerana doa orang yang dzalimi itu tiada hijab tau.
Kita doakan je untuk kbaikan dia,kbhagiaan dia. biar pun dia tak tahu
kerna redha yang kita cari dalah redha Sang Pencipta. bukan manusia.

Takyah susah2 hati. hidup bukan untuk kesedihan semata.
tapi untuk kita nikmati dan kita cari redha-Nya di situ~

p/s: dulu aku suka marah2.emo tak tentu pasal sengal tul. p alahamduliah manusia itu boleh berubah :)





berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...