Tuesday, February 15, 2011

OFFLINE.KU GIE SEBERANG...

aku akan offline..
fb tak akan aku upsates lagi..
blog pun stakat nie dulu. 
doakan semuanya selamat. amin.
dan selamat myambut maulud nabi.:)

Monday, February 14, 2011

Sekurang-kurangnya aku dah cuba..

Bismilahirahmanirrahim.
Ku gagah diri menghadap lappy jua 

sekurang-kurangnya ku dah cuba.

apa yang terjadi sebenarnya? 
biarlah aku simpan kemas-kemas dalam hati ini.
tak perlulah aku cerita apa yang terjadi.
cuma, aku belajar banyak perkara malam nie.

saat ini mungkin aku
rapuh
kecewa
sedih
hampa
terluka

namun aku percaya tiada
kedukaan
kesedihan
kesepian
kecewa
kehampaan
yang abadi di dunia ni. semuanya akan berakhir ini.
asal kita redha dan sabar.
janji-Nya itu benar.

x selamanya hidup akan begini.
hidup kan umpama roda.

tak perlu benci, dendam atau marah.
setiap apa yang berlaku dengan izin-Nya
tentu ada hikmah kan.

malam nie aku pujuk diri.
kalau ini adalah yang terbaik,aku redha dan sabar.
kerna aku tahu,Allah tu takkan menzalimi hamba-Nya.
mungkin jauh di sana Dia sedang rencanakan yang terbaik buat aku kan.
tak perlu fikir lagi. kecewa kali nie,Insya-Allah bahagia di hadapan sana kan.
mungkin saat nie,ini adalah yang terbaik
jangan risau, aku takkan berdendam atau sakit hati 
jauh sekali nak membenci.
aku bukan terlalu baik atau malaikat
aku insan biasa yang tak nk ada dendam,benci dan sakit hati
terhadap insan yang disayang
tipu la tak sedih kan.
orang yang kita sayang..
tapi 1 hal aku aku belajar, 
kita tak leh nak paksa hati dan perasaan insan lain.
kalau itu yang dimahukan aku akan turuti dan hormati
keputusan yang telah dibuat malam nie.
tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba kan..?

nak melupakan? 
sebenarnyakan,semakin kita nak lupakan orang tu, semakin tulah kita 
tak dapat lupakan dia. sies. nie berdasarkan pengalaman 
aku dan sahabat yang lain
cara terbaik.kita biarkan je.
jangan kita paksa.

aku speechless.
bila tgk tarikh hari nie.
kenyataan aku dah dapat.
thanks.

antara kenyataan dan harapan.
sebenarnya,dua2 nie membawa ksakitan kan.
tapi aku lebih memilih kenyataan.
kenyataan nya memang pahit untuk ditelan
sakitnya tu, takyah cakap la...
tapi kenyataan ini membuatkan aku takkan mengharapan pada
yang bernama harapan lagi.

kan.

apa pun sekurang-kurangnya aku dah cuba.
ya.aku dah cuba..dan aku dah tahu cam ne.
kalau aku tak cuba mungkin aku tak tahu kan cam ne
tak usah dibicarakan lagi.
cukuplah ianya terhenti sampai di sini.
bia aku simpan kemas-kemas dan tutup rapat2
semua dalam yang bernama kenangan dan pengalaman.


sekurang-kurangnya aku dah cuba.



p/s: ini bukan entry aku putus cinta a..jangan salah faham. ini entry aku kehilangan..tak apa,aku dah bersiap sedia menghadapi kehilangan nie.i.A aku kuat.amin.







Saturday, February 12, 2011

kebersamaan kita :)


cak! tadaaaaaaaaaaa.
salam. rindu aku dengan skuad lucu. niehhhh..
*takorang la paling..paling lucuuu..
lucu bena aie...:P
lama dah x molh lucu sama2..
ekin, min,jannah,tiqah,ena,far far dan aku la.
da lagi,oyoz, nono, zz ..

 tok pic time BBQ kat umah zz sebelum zz pindah kuching.
banyak gik pic lain p banyak kat fb la..


tok anak dara.sempat pose time nyiang ayam..:P

 tok pic time hangout dgn far far time form4 dulu...
baru terjumpa..
kenek far..far..a.k.a farrah g PLKN.

 gamba webcame :P
ada dalam 100++ gambr diambk time ya..
time plh keja kusus PSK..
p xla nak upload semua kan..
cukuplah sekepng tok..
yang lain dalam simpanan kami masing2 :)

p/s : kat fb jarang aku nak upload pic life..he he..kat blog orang kan jarang baca..jadi aku lebih selesa di sini :)

My adekk 17 years old..today.

salam. 
today is my birthdayyy..<----tipuuu.memang pun tipu.
aku belum habis cakap lagi la....
hari nie.birthday adik aku.
tapi tak macam adik kan..
macam abang aku adalahkan. hihi
semoga panjng umur dalam mengingati Allah dan Rasul.
dan..
semoga berjaya lulus cemerlang SPM tahun nie yea bubut..

meh aku story ckit pasal mamat nie.
dia nie lahir kat sabah sama gak ngn aku lahir kat sana.
aku memang rapat dengan adik sorang nie.
bukan yang lain tak rapat,cuma lebih rapat dengan dia nie la.si bubut nie..
kalau kitaorang hangout sama.macam2 tanggapan orang
ada kata kami 2 kapel la..(pelik,muka kan hampir sama)
ada kata dia abang aku( tu aku sukalah,aku rasa cumil jap:P)
ada kata macam2 la..dan pernah sekali orang fkr kami 2 nie tunangan.
hai,dunia..dunia..suka membuat hypotesis sendiri.
suka buat tanggapan sendiri..

dia nie sorang yang berani.aku respek la.
aku pun tak seberani dia,mungkin sebab dia lelaki kot.

kami banyak share kegemaran yang sma.
terutama g camping.memang selalu g samalah.
so parent pun tak risau kalau kami g camping.
aku boleh tgkkan dia,dia pulak tgkkn aku. :)
 selain tu kalau da masa g  joging petang2
buang apa yang patut bersama kawan yang lain.
kalau tak pun dengan kazen mazen aku.

aku satu2 nya anak perempuan dalam family,
kalau nak g mana2 pun kitaorang selalu g sma.
beli disc, kumpul gadget , bli baju..
sure aku rindu adik2 aku kalau aku g jauh dari mereka kan.

tak rasa kan.masa sungguh pantas berlalu.
hari nie dia genap 17 tahun.
semoga berjaya dunia akhirat.

p/s : hari nie birthday kak.adzni dan oly juak..happy birthday :)

rambut pendek...

salam.
buat pertama kalinya aku berambut pendek...
sebelum nie aku rambut panjang je..

anatara perubhan yang nampak..
1. muka aku nampak kecil..
2. aku nmpak cam budak2 he he..kiuttt.he..

nak tengok? opss..mane lei..aurat la..

p/s: aku teruja buat pertama kali rmbut pendek..nampak lain sangat...*xda la pendek sangat paras bahuu.



Friday, February 11, 2011

sana sini cerita cinta

salam. 
sana sini situ sana sini situ lagi cinta.
takda cita lain ka? 

Cuti Chinese New Years hari tu sempatlah ziarah-ziarah sedara terdekat.
Bila lama tak jumpa sure banyak benda dan perkara yang di sembangkan.
la la.bla bla. tup tup..1 perkara dan isu yang tak kan pernah ketinggalan adalag soal cinta.
~teeetttt~
 kazen yang sebaya ngan aku dah kahwin dan tak lama lagi bakal timang baby.
kazen aku yang terdekat pun cam tu gak.

Bila berkumpul ramai2 camni memang suka la usik mengusik. he he.
then, bila tiba2 seorang kazen aku 

kazen : awak tu dengan siapa sekrang nie ?
aku : (buat2 muka konpius) aku? dengan mak bpa lah
kazen : tu dia starlah loyar buruk dia, orang kata kekasih la..
aku : aku cam biasa masih single (smabil sengih2) tu pasal kot diorang tak cya.
ha ha. aku siap senyum2 kambing lagi he he he..
kazen : tipulah kau single sekrang nie. kau tak macam orang single pun.
aku : sies, aku memang single. korang nie suka la nak sakat2 aku. hampehh punya kazen. :PP
kazen : sies la na..(.nada merayu palk)
aku : Ya Allah,memang aku single la skrng nie.tak caya sudah...
kazen : baru aku caya. kenapa?
aku : aku masih sayang kat orang lama kot..hihi tak da la. saja je nak single
ok apa, lagi pun sekrang nie banyak perkara yang kena buat dan banyak benda yang kena fikir .


setakat nie, kalau aku masih sayang kat seseorang tu,aku cakap je aku masih sayang ,yelah bia suatu saat nanti aku tak nyesal kerna dah pernah cakap dan luah kat dia suatu ketika dulu.
orang kata kalau kita sayang kat orang tu, kita kena cakap kat dia, tak pun bagi dia hint.
kalu kita dah cakap, dah bagi hint-hint kat dia tapi buat tak tahu je.
biakanlah.bagi ruang buat diri masing-masing...
tu kita serahkan je pada takdir..sekurang2 nya kita dah cuba.

wahh.sana sini cinta cita sal cinta..aku pulak jadi blurrr..ha ha..
jumpa plak kawan lama, trus tanya,u ngn spa sekarng?
dia tak nampak ka,time kitaorang jumpa aku tak de ngan sapa2. he he..
aku buat biasa je,kata aku masih yang dulu...aku perlu waktu. he he..
(macam ada benda tersembunyi plak kan bila aku kata aku perlu waktu)


 doa aku panjatkan agar diri sentiasa kuat. dan tabah.amin.

p/s : kalau orang tanya aku pasal cinta sure aku jawab aku tak tahu..i don't know...kadanga ku keliru dengan persaan aku sendiri..







Wednesday, February 9, 2011

Dalam mihrab cintaku

demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

repeat reff [2x]

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga 

Aku suka lagu nie, hanay sebauh lagu sudah cukup menggambarkan dan meyatakan apa yang aku ingin luah. Benar, suatu saat nanti aku akan kembali jika diizinkan-Nya. 

Thursday, February 3, 2011

Sesiapa nak kahwin dan sewaktu dgn nya meh tgk sini..:)

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



p/s : just sharing je..takde kena ngena ngan aku..:P 

catatan diri :)

Salam.
alhamdulilah aku dah siap packing barang2 aku.
Sebenarnya aku akan g Sibu dalam esok then akan balik sabtu nie. Aku ada program kat sana J
Kalau ikutkan hari nie aku ada ‘kepincangan’dari kul 8-5ptg .
Then esok berangkat g Sibu sampai Sabtu.
Ahad ada daurah lagi + cirle ku.
Isnin nie pulak, petang aku da meeting. Kat Pusat Kgiatan Rakan Muda Bahagian Bintulu.
Rombakan jawatan akan dibuat semula untuk memilih dan membubar ahli jawatankuasa 2010.
Aku tak de la penting sangat, hanya timbalan setiausaha sebelum nie.
Ramai yang tak tahu,ada yang tahu dah dekat2 jawatan tu nak dibubarkan semula.
Itu tak penting kerna semua yang kita miliki hari ini hanya pinjaman semata2 dari-Nya.

Insya-Allah 12.February nie next s.o.s (series of srikandi) tajuk dia
Tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
 Ehem2 Apabila baju melayu bertemu baju kurung J
Semoga semua urusan dipermudahkan. Amin. Amin.
Then 3 hari lepas tu aku berangkat meninggalkan Malaysia buat 14 hari.
Insya-Allah dalam 28 cam tu akan kembali semula ngan family aku ke sini.
Then. Then. Then..
Guesttt.
Oh no MARCH will coming
The nebes time came back,result SPM akan kuar dalam bulan March nanti.
Aku tawakal dan redha walau apa pun keputusan yang bakal aku terima nanti.
Semoga diberi keputusan yang terbaik dan pengakhiran keputusan yang terbaik nanti amin.

p/s : maaf sanagt,aku jarng updates mukabuku sekarang lau da pa2 rujuk blog he he.kerna aku lebih selesa di sini.

Wednesday, February 2, 2011

Facebook... d situ kita akan nampak suka duka benci sayang chenta manusia tentang L.I.F.E ! =)

Salam. :) cita sal facebook .memang tak pernah henti.
Kalau kat depan pc yang tak pandai kawal diri surelah duk kat depan pc hampir 24 jam.
 hidup dengan FB je apa rasanya nye erkk?? *jawab sendiri la..sendiri tahu
sure status diupates every seconds minutes kan..

Macam-macam ragam yang boleh tengok kat FB..
Kadang boleh buat gembira dan tersenyum sampai ke pipi hihihi :)
kadang tu buat menyampah dan meluat..whateverlah

mood status:

Argghh.geram nya aku hari nie dengan boss. Apasal la suruh aku ambik overtime.

happy glak hr tok pat jumpa nya.

sakit hati tok.

aku tahu aku tabah aku akan teruskan hidupku.

kecewa ku .

Mood status memang selalu kita tengok. ada geram la,ada marah. macam2. Kadang2 syok kita baca bila kita komen nak bagi nasihat dan pendapat, kita kena balik. kalau tak nak orang komen atau takleh timak nasihat orang lain takyah post pa2 la kat status tu lebih2 lagi time tengah mood2 tak tentu. Silap hari bulan orang lain jadi mangsa lepas geram. macam2.

pengistiharaan status: 

buat semua sahabat aku, esok aku akan mengakhiri zaman bujang aku.yahoooo..

Aku nak graduated x lama gik.

3 bulan gik, aku akan pindah dari tempat tok.

Sy dah tukar num. Ini num baru sy 013987xxxxx.save a kawan semua.

baru habis makan. kenyang giler.

Pengisstiharaan nie ok sikit. kita dapat tahu perkembangan sahabat-sahabat yang lain. Tapi kalau tuka num fon takyah letak num tu kat FB la cik adik, abang, kakak, mak cik oi. bahaya. Nanti kena ganggu orang yang tak sopan dan santun kan susah juast berpada je kalau nak bg tahu perkembangan diri. 

cintan cintun status :

syg, esok jumpa k.

mwah.! mwah! syggg awak yeaaa.

miss her so much

syg kamu ketat-ketat.

love u.miss u. jangan curang tau.

Bab nie fuhh. takyah cakap la...kadang2 buat sesak perut tengok kat home semua status, diorang bsyg2 tak habis2. Kalau ada yang gni lam FB, alamatnya kena remove diorang nie kalau dah over sangat mena\galahkan orang yang dah berumah tangga. Perlu ka kita bg tahu 1 dunia yang dia tu milik kita? dan nanti bila clash 1 dunia juga yang tahu. tak malu ka? hm, hal2 peribadi takyah la tunjuk2 kat situ, orang lain pun ada gak tapi taklah sampai nak rak cam tuk. biarlah ala kadar.:)

sumpah seranah status:

xguna punya kawan samapai hati makan kawan sendiri.shittt!

kau ingat kau hebat la dapat mainkan perasaan orang. fine! 1 hari nanti baru kau tahu mana intan dan permata.

b***h punya orang itu pun tak tahu buat ka?

sumpah aku tak maafkan kau seumur hidup aku.

Yang nie kalau ada pergaduhan memang lebih kurang status cam nie diupadates insan2 dalam FB. Sumpah seranahnya kadang2 buat ngeri bila terbaca. Status cam nie mudah menarik perhatian orang then bermulalah tokok tambah dan sumpah menyumpah serta rasa tak puas hati. Yang paling best orang kena sumpah dan kena umpat tu. Apasal?? he he..Dapat pahala free. Senang je, kita sabar..jangan balas..bia je.

perasan status:

aku rasa aku makin kiut la.ha ha ha

gua dah dapat lesen lepas nie boleh gasak kereta .huuuu

awek aku baik cantik. koranga ada? tak da kan? 

first time aku rasa mamat tu syok kat aku, mana tak inbox penuh massage dia.aku suka.

yang nie ok la. tapi jangan la over sangat. biarlah berpada. tak siapa nak larang. Kadang kawan2 bagi nasihat lagi. Kalau yang dah dapat lesen contohnya,tak da kaitan ngan sapa2 a..kwn2 lain boleh doakan dia dapat beli kereta plak lepas nie. Kalau yang perasan tak habis tu, biasalah dah tak da kerja tu. he he.

menjurus keagamaan status :

Alhamdulilah.akhirnya segala urusana ku dipermudahkan.

Persoalanya,bagaimana kita melihat perkahwinan itu sendiri. Persediaan harus dibuat seawal semalam (ada gaya nak kahwin dah ni kah2)

Ya Allah, jika dia adalah jodohku, satukanlah hati kami apabila telah tiba masanya.amin.

Dunia akhir zaman, macam2 yang berlaku. Bertaubatlah sebelum terlambat semua.

Aku kesal dengan orang yang dah tahu hukum tapi buat2 tak tahu.Sabar je la aku melayan.

Yang nie best.kadang2 tu terkena kat batang hidung sendiri bila baca updates orang lain yang cam nie kat home FB. Membuat kita terfikir sejenak. Kadang apa yang diorang updates nie betul, cuma kita sendiri kadang-kadang ego mengalahkan tinggi pokok kelapa nak terima. Bukan apa, kerana kita merasa kita di zon selesa dan tak berani nak buat perubahan.


That all antara status kat FB. Semua status tu aku reka semata2 xda kaitan dengan sesapa,tapi lebih kurang macam yang orang selalu updates kat status yang aku tengok. :) Kat situ kita akan nampak suka duka benci sayang manusia tentang hidup nie. Aku jua tak terkecuali.






p/s: Aku jarang updates n bukak FB sebab aku punya alasan tersendiri :) Fb tu hanya tempat aku keep in touch ngn kawan2 + cegu2 + sedara + kazen + dan ngan sapa2 jela yang nak berkeep in touch ngan aku. :P





berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...