Wednesday, December 29, 2010

salam.
agak bz juga 2 3 hari nie menguruskan urusan2 hidup..
fb.blog xter'updates.sorry. cian my blog...

Tuesday, December 28, 2010

cinta itu fitrahhh


Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih. Bagi saya yang tidak pernah bercinta (tetapi amat percaya pada cinta), saya tidak boleh komen lebih-lebih mengenai perasaan bercinta atau putus cinta. Tetapi, saya ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang kawan baik saya ketika di Amerika. Kisah inimembuktikan cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.
Kisah S
Pada tahun 1996, semasa saya melangkah kaki di Illinois State University, tiada orang Melayu Malaysia dan saya satu-satunya wanita bertudung. Selepas seminggu berada di bumi Amerika, S adalah orang pertama yang menegur dan memberi salam. Ketika itu, saya mengakui betapa perkataan semudah "assalamualaikum" menjadi common language antara 2 insan berlainan bangsa dan warganegara.
S adalah gadis Pakistan yang lahir dan dibesarkan di Amerika. Bersama-samanya ketika itu ialah M, teman lelaki yang berbangsa black American yang baru setahun memeluk Islam. Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali berjumpa, kami sepakat apabila semester seterusnya, kami akan tinggal sebilik di asrama.
Apabila kami menjadi roomate bersama 2 gadis berbangsa white American yang lain, saya mengenali S dengan lebih rapat. Setiap malam Sabtu, dia akan keluar dengan kawan-kawannya (dia tidak pernah mengajak saya). Dia cukup rajin belajar dan antara pelajar cemerlang dalam bidang biologi.
Saya pernah ke rumah keluarganya. Adik perempuannya bermekap tebal ala ghotic dan abangnya akan menyebut 'f#%@" disetiap akhir ayat. Rumahnya sederhana dan rasa tenang sepertimana rumah berkeluarga yang lain. Saya perhati, hampir di setiap dinding rumahnya tertera "786". Apabila ditanya, katanya, "that is the number of times Bismillah is mentioned in Quran." Saya diam sahaja kerana kurang arif. Hanya sekali sahaja saya tegur dengan nada serius "S, if I saw you sleeping in one bed with M again, I sleep outside."
Saya akui, kelemahan iman menyukarkan saya menegur perkara-perkara lain tetapi percaya perubahan total perlu datang dari dalam diri. Saya menerima S seadanya.
Suatu hari S kata, dia cuba nak pakai tudung. Dia mula pakai tudung putih ke kampus dengan baju lengan pendek. Sebulan kemudian, dia pakai jubah hitam di atas baju lengan pendeknya. Dia juga mula membaca tafsir Al-Quran.
Suatu hari S, beritahu saya, "Mimi do you know, when Allah send the message for the women to wear hijab, they immediately pull the curtains and cover themselves with it. Only their eyes were shown."
Beberapa minggu kemudian, S menutup mukanya dengan kain. Hanya mata yang kelihatan. Saya berkesempatan ke rumah keluarga S lagi. Rumahnya masih sama. Tetapi, isi rumahnya sudah lain. Adik perempuannya sudah berjubah dan menutup muka, tiada lagi "786" sebaliknya diganti dengan ayat Quran, abangnya juga sudah tidak menyebut "f%#@". Adik perempuannya juga ambil keputusan berhenti sekolah menengah & hanya home school. Mereka sekeluarga juga mengambil kelas bahasa arab.
Untuk pengetahuan semua, dari saat S beritahu hendak pakai tudung sehingga saat dia menutup wajahnya (termasuk tangan), ia mengambil masa kurang dari 1 tahun.
Okay sekarang cerita cinta...
Sepanjang perubahan itu, S masih dengan M (yang juga berubah menjadi Muslim yang lebih baik). Mereka berdua sudah tidak berjumpa berdua-duan. Kalau berjumpa, mereka akan berbincang mengenai hadis atau ayat Al-Quran. Suatu hari sepupu S (juga, suatu ketika pernah melalui kehidupan bebas) masuk melamar. Sepupunya adalah antara pendakwah muda di beberapa konvesyen Muslim di Amerika.
Di bahu ini, S meluahkan dalam perasaannya...
"How can I love another man, as I love M...?"
Saya tak boleh nak jawab. S keraskan hatinya yang pilu dan menerima lamaran sepupunya. M juga terpaksa menerima dengan hati yang berat.
Tiga bulan kemudian, S bercerita pengalaman keluarganya bercuti. Malah, dia juga memberitahu bagaimana sepupunya (si tunang) terpaksa mengangkat punyalah banyak beg dan dia yang berjalan di belakang berkekeh ketawa dengan adiknya. Saya juga turut gelak kecil. S bercerita dengan nada gembira & seri di muka.
Semenjak saya pulang ke Malaysia, saya sudah hilang contact dengan S. Namun, saya bersyukur sepanjang 2 tahun setengah bersama S, Tuhan tunjukkan erti sebenar perubahan.
Sedar x kita semua, walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. Saya doakan semoga kita bertemu cinta yang telah dijanjikan.

p/s: aku ambk dr i.luv.islam..sukeee..:)

Monday, December 27, 2010

Jangan takut kahwin awal

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

p/s: aku kahwin awal? errrrrk.kalau jodoh sudah tersurat gitu..aku redha..


Buat bakal teman hidupku

aku suka nie.cedok dr i.luv.islm.

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

p/s: 1 day aku kan tulis apa yang aku nka buat bakal teman hidupku.

thinkkkk..

Never regret what made you smile.
 Just learn from the tears that followed.

Saturday, December 25, 2010

Kahwin dengan anjing??

Salam.
perkahwinan hubuangan antara lelaki dan perempuan itu normal
tapi kalu perkahwinan sama sejenis itu abnormal
tapi beb, 
kalau perkahwinan dengan haiwan itu apa? Itu gila!

Realitinya itulah yang terjadi, tak percaya?
Emly Mabou,29,pada 2009


Setelah sekian lama nya mencari pasangan hidup yang sesempurna bapanya telah mengambil keputusan untuk mengahwini anjing peliharaan nya sendiri. Dengan alasan anjing tak kan pernah curang, coz akan sentiasa mendampingan dia. mengucap panjang aku.  Dunia akhir zaman nie hmm. Boleh rujuk kat sini. untuk artikel selanjutnya dan offer kawen ngn kucing peliharaan di sini.

p/s: minta kita dijauhkan.





Jika....

Salam. huhh, lama aku tak updates blog nie.cian dia..:)
Sebenarnya da banayka hal aku nak kongsi.tapi aku just kongsi pa yang perlu
je la k..:)

Semalam...
Lama aku termenung. 1 keputusan nekad telah aku buat..
Aku masih keliru pa keputusan nie betul atau tidak.
Tapi aku rasa dah tiba masanya.
Untuk aku memikirkan soal ni.
tetttt~
bukan soalan hati yea.
nie lagi besar dari soal hati.

Keputusan ini bakal merubah segalanya.
Terutama tentang hidup aku.
Berat aku nak buat keputusan cam ni.
Tapi aku rasa inilah yang terbaikk.

Buat mama, papa,kelurga yang lain.
sahabat,teman,kawan,
dan semua orang tersayang.
 jika 1 masa nanti keputusan ini diambil
jangan risau sy baik2 je..i.A.

p/s: amaran: entry ini ditulis dengan penuhh emosi.




Wednesday, December 22, 2010

nightmare ku :(

Hari-hari ku lalui macam biasa.Alhamdulilah. 
Aku tak tahu kenapa aku menjerit time tidur malam tadi
 something happen kat aku semalam. ngeri aku :x
Nak kata mimpi tapi aku rasa aku sedar time tu.
Sampai ke pagi ni aku lebih banyak mediamkan diri bila mak tanya.
Aku masih tak leh nak cita ngn mak apa yang aku rasa.
Semalam aku rasa ada 'something' mengganggu aku.
aku menjerit sebab aku sangat2 takut :( ngeri aku~
Lepas baca doa yang patut baru aku dapat lelapkan mata.
Sebelum tidur pun aka dah baca doa juga.biasanya alhamdulilah
aku tidur lena sampai ke pagi tanpa ada gangguan.

Mak aku pelik nagn sikap aku.
Sies, aku tak pernah tidur kat bilik aku sendiri sejak 3 bulan
yang lalu. entah kenapa, aku tak suka tidur kat bilik aku
bilik aku guna macam ne orang lain guna bilik dia gak.
cuma aku tak tidur kat bilik aku. aku tak selesa.
*aku c tauk knk.p sies ku x selesa..maka bilik dikpun.

p/s: Ya Allah,engkau tempat ku berlindung. Lindungilah aku dari sebarang gangguan diluar batas kemampuan ku.amin.







thanks 4 tell me..

salam.:)
Terharu hingga jatuh pelan2 air mata bila seorang sahabat
kutuk habis kita*kutukan yang membina bukan menjatuhkan kita lagi
betul la.only ur true friends tell your face is dirty.

 hargai sesiapa je yang da dalam hidup sebagai sahabat,kerana tak 
semestinya yang kita anggap sahabat itu sebenarnya benar2 sahabat sejati. 

p/s: thanks.terharuuuu . makcehhhh. matatehhhh. tenkiuuuu. tengss..

Bidadari Besi Kita

salam.entry kali nie pelik ckit bunyi. Tak pa, itu tak penting,yang penting isi yang aku nak sampaikan nie.) 


Wanita terkuat di dunia adalah Fatimah Az-zahra Binti Muhammad s.a.w.

Iye ke? Buktinya?

1) Dalam perit menahan pemulauan kepada keluarga, Fatimah berjuang menerima kenyataan ibunya telah tiada dalam usianya yang masih muda. Datuk saudara yang turut bersama juga pergi dimamah usia. Demi ayah, Fatimah takkan menyerah. Walau kecil, Fatimah akan sentiasa tampil.

2) Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) gelaran Fatimah yang utama, tanda hebat seorang anak yang sentiasa menjaga ayah tercinta.. Ibu yang pergi, Fatimah lah yang mengganti. Bila ayah sedih, Fatimah hiburkan hati. Bila ayah kerja, Fatimah uruskan rumah yang ada. Bila ayah bahagia, Fatimah juga berlapang dada.

3) Walaupun Fatimah bongsu, kakak dan abang semuanya pergi dahulu bertemu Tuhan yang satu. Tinggal Fatimah seorang diri menemani ayahnya di dunia ini. Tapi hanya kerana Fatimah, waris si ayah kekal wujud sehingga kini. Walau dulu pernah diperli, janji Allah tak pernah mati. 

4) Semenjak kecil penderitaan ayah di saksi menahan siksa kafir quraisy tak berhenti. Najis dilempar Fatimah buangkan. Pasir di baling Fatimah bersihkan. Luka di pukul Fatimah ubatkan..Ayah tak pernah ditinggal sendiri, Fatimah pasti ada di sisi.

5) Menjadi puteri Rasulullah bukan bermakna menjadi puteri raja. Sedekah bukan miliknya. Hal ummat menjadi prioriti utama. Semua tetamu dirai walau rumahnya tiada berisi. Kurang makanan dan kurang harta peribadi. Segan meminta pada ayah, sanggup Fatimah berdiam menahan segala mehnah walau calar tangan dan berbekas di badan. 

6) Sewaktu hijrah, Fatimah cekal menyerah diri dan hati pada illahi walau risaukan ayah yang pergi sendiri bersama sahabat sejati. Biar ditinggalkan seketika, Fatimah yakin di Madinah kelak mereka akan kembali bersua. Hanya kepada Allah segala perkara diserahkan untuk dijaga. 

7) Suami Fatimah bukan hartawan di dunia malahan Ali antara pemuda termiskin semasa zaman mereka. Walau hidupnya susah walau selepas bersuami, Fatimah tak pernah mengeluh dan menyesal sendiri kerana tahap hebatnya iman dan peribadi Ali teramat tinggi hingga satu-satunya dipilih menjadi menantu nabi,suami kepada penghulu wanita di syurga nanti.

8) Patuhnya Fatimah pada suami jelas tertera saat pertama kali Ali terguris hati. Kerana risau tidak diampun suami, maaf diulang berjuta kali. Malah ditawafnya Ali 70 kali semata mahu mendamba keampunan suami. Tabah sungguh hati isteri sehingga Ali kembali senang hati. 

9) Di Perang Khandak, Fatimah antara tenaga wanita yang menyediakan makanan buat wira-wira penggali strategi. Di Perang Uhud, Fatimah jua yang turun sendiri merawat luka ayahanda yang cedera di medan bakti. Di mana ada Rasulullah, di situ pasti ada Fatimah.

10) Saat ayahnya hampir wafat, Fatimah tetap berdiri kuat Hatinya bercampur sedih dan bahagia. Pertama kerana ayah tercinta bakal pergi . Kedua kerana Fatimah bakal terawal menyusul nanti...

Kata ibu tirinya (Aishah r.a): 
"Saya tidak pernah berjumpa dengan susuk peribadi yang lebih besar daripada Fatima, kecuali keperibadian ayahnya."


Kata ayahnya pula (Rasulullah s.a.w):
"Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku"



p/s: semoga diriku setabahnya.:)

Tuesday, December 21, 2010

Kita sebenarnya...

Pernah tak tengok baby? Bayi la, anak- anak kecil yang masih kecil. Bila diorang bangun tidur gerenti menangis kan? Nak kan sesuatu. Kalau tak susu, nak mak dia, kalau tak pun nak barang mainan dia.

Apa yang aku hendak story hari nie ialah perangai bayi ni sebenarnya ..kalau kita fikir-fikir..ADA PADA KITA ORANG DEWASA. hehe. Walaupun pelik je bunyi tapi sebenarnya kita tak dapat nafikan. Taklah bermaksud mengatakan kita semua ni bangun dari tidur sambil menangis. Sebenarnya aku maksudkan, kita nie selalu mahukan sesuatu yang kita tidak ada. Sama cam bayi tu tadi, asyik nagis cari pa yang dia nak

Sedar atau tidak kita nie sebenarnya tidak gembira dengan apa yang kita da. Apabila kita melihat orang pandai, kita rasa rendah diri coz tak sepandai dia. Bila tengok orang da kereta mewah kita rasa nak tukar je kereta kita. Tengok orang bahagia da keluarga yang kaya raya dan hidup berpangkat. Bila tengok orang makan restaurant mewah kita pun rasa nak juga nikmati makanan tu.
Tapi.... pernahkan kita berfikir, mungkin orang yang ada kereta mewah itu ,bila kereta dia rosak kos dia nak baiki kereta tu cecah beratus kadang beribu. Jangan ingat orang yang bawa kereta mewah itu senang je hidup dia, kita tak tahu kan cam ne keadaa dia. Sedangkan kita yang berkereta biasa2 nie kalau kereta rosak taklah cecah beribu nak repairkan. Jangan kita rasa rendah diri bila tengok orang ada keluarga yang mewah dan berpangkat2. Kita tak tahu, mungkin disebalik yang kita lihat itu hidup dia kosong beb. Hidup rasa diawasi je tak bebas nak buat apa. Tapi kita walaupun hidup sederhana kita gembira jadi orang biasa.kan kan..:)
Manusia memang cam tu kan. Resah gelisah bila belum dapat apadia nak. Sedih kerana apa yang dia nak masih tak dapat lagi. Tapi adakah bila kita dapat apa yang kita nak kita kan bahagia? Selalunya bila kita dah dapat apa yang kita nak,kita rasa masih juga tak bahagia. Kenapa yea? Pernah fikir tak? Itu mungkin  belum lagi terbaik dalam hidup kita sebab tu la kita tak happy.
Tengok bayi tu cumil2.:)
Marilah kita mengundi saya.heheh.main2 pula. So jangan bersedih atau bersusah hati. Kita boleh dapat apa yang nak kalau kena dengan caranya. Syukurlah dengan apa yang kita da. 

p/s: Tuai padi antara masak esok jangan rindu-rinduan..*apa yang kita ada itulah yang terbaikk sebenarnya:)

GRADUATED HIGHSCHOOL

Today i officially graduated highshool
12 day waiting after Biology
it's a greatt experience i hve.

Alhamdulilah habis juga segalanya berjalan dengan
lancar dengan emosi yang stabil sehingga 
titisan dakwat pen yang terakher tadi..:)

Nie ramai yang tertanya2 napa aku habiss lama
meh aku story kat korang.
ceritanya begini, pada zaman dahulu.hahahha
ok..ok.. aku serius (*-*)

Sebenarnya aku drop some subjek then aku pilih subjek Ekonomi.
Extually ramai yang gugurkan EST then tukar kepada geografi & tasaawur islam 
then aku gugurkan subjek tu tu..tu pa? tu subjek yang aku gugurkan
then pilih ekonomi gitulah citanya. bab tu orang ramai hairan 
pa sal la budak comel ni tak habis2 spm lagi..hahah
*ingga ku 

time ambik exam tadi aku dijaga dan dikwal rapi oleh 
3 orang PENGAWAS
dalam 1 bilik kelas. aku sorang je calon kat pusat 1
dapat imejin x? betapa kekoknya aku macam terpaksa 
berhadapan dengan bakal mak metua.huhuhuh
*lari dari tajukk.hahahha

budak-budak ekonomi yang lain kat pusat 2
diorang dapat keluar awal beb,jeles aku. :)
Papun aku nak ucapan terima kasih byak2
buat 3 orang pengawas tu tadikk.
coz sanggup jaga aku sorang dalam masa 4 jam 15 mint
dari pagi hingga petang.*terharuuu..
pengorbananmu ku kagumi..:)

Meh tgk gambar2 bawah ni.
anatara gamba sepanjang tahun 2010..


antara 'alat2' canggih ms hampir2 last dayyy sekolah


sukan sekolah*majulah sukan tuk negara


 ms malm tu..tu...


time tressurehaunt ka klu x silap
*ignore ours pic yang comot2


menunggu yang belum datang...sebelum kelas.



nie muka2 semasa tunggu order kat kanti.makann. 


 promo baju sekolah yang penuhh signature
*sa artis


antara ahli2 'pak cik' :) 
*skuad lucuuuu.gua syggg sama luuuu.:)


 my 'houseclass' 

banyak lagi gambar x larat nak upload
pa pun saynggggggggggggg takorang sumaaa :)

dah habis SPM
semua bawa haluan masing2
haluan ke kira,ke kanan kedepan ke mana2 ahaha.
All the best suma..:)

&

Selamat tinggal SG007A012 :)
for sure i will miss u.

p/s: seyum2.tersengih2 aku..:P pahit manis itu asam garam kehidupan:)

Sunday, December 19, 2010

Gathering after SPM




Salam.:)
10/12/2010
pada masa itu kita orang buat gathering after SPM konon-kononnya lah:)
misi utama setiap kali keluar tidak lain tidak bukan dalah
M. A. K. A. N
itu jelah yang paling penting iaitu makan dan ambik gambar :)
around 2:30p.m lebih-lebih cam tu kitaorang berkumpul kat SCR.
saia, farrah.zz,ena dan ekin datang lambat coz singgah
kat post office jap ..then alhamdulilah sampai jua kat SCR.

min dan eqah buat2 'merajuk':) sorry dear..:)
Then meneruskan misi iaitu makan , bersembang2 dan bercerita sal future :)
Maklum la ada yang dah nak isi resume, dah besa la katakan.
(khas buat ena, ekin, eqah,farrah.zizi,min,jannah, yang dah habis paper)
nak minta kerja then..then...
oh yea cik farrah akan g PLKN.
wirawati negara nie kena jaga baik2..:)

Pas makan g waterfront.
. then g jalan baru rah kidurong ya.*xtau pa nama.
snap2 gambar.:)
antaranya
cakkkk!.


 suasana di SCR :)


 some pic rah waterfnt + jalan baru entah pa nama :)

p/s: jalan2 juga tapi setiap berbatasn sentiasa dijaga :) 





ada pa dengan esok?

Asalamulaikum.:)
Ada apa dengan esok? 
Seriously aku tak sabar sabar tnggu esok.
Esok aku akn graduate highschool
Tepat pukul 4.00 petang esok aku 
officially graduate:)
Kawan-kawan yang lain dah lama graduate
tinggal aku dan beberapa kawan yang belum garduate lagi
kenapa?
Coz belum habis paper SPM lagi.hihi.
Esok last paper aku. 
Doakan aku lulus cemerlang dalam paper nie yea. 
Semoga segalanya dipermudahakan.amin.:)

p/s: sebenarnya nebes pun ada gak nie.:)

berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...