Thursday, August 9, 2012

surat ♥♥♥cinta ♥♥♥ untuk future wife daraipada kaum Adam

Surat Cinta Untuk Future Wife




Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?



Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan2......I love You Forever till  Jannah Sayangku...


p/s : my future husband plak.ku harap kau terima ku seadanya..wasehh :) He he he. 

Tuesday, July 10, 2012

Not Bad but its still hurt.:/

Salam.wahhh. sungguh lama jari jemari ini tidak bermain di keybord mencoret cerita insan. Sebenarnya nak tulis apa pun aku tak tahu. Bukan tak tahu apa, aku tak tahu macam ne nak mula. yepss. any idea??

Sies rasa janggal lama tak updated blog
rinduu gila sebenarnya namun apakan daya
komitmen hidup dan urusan yang dipertuan aku yang tak sudah sudah lagi
membuatkan aku tak punya masa untuk Encik Blog tersayang nie.

Actually banyak benda banyak cerita dan banyak kisah nak share
tapi saat ni aku sendiri pun tak tahu nak mula kat mana.  :/
bz ngan assingment. test . kuiz. normal la tu hidup bergelar student.
student la sangattttt :) ha ha ha ha ha ha 

Tapi ada kala ketikanya aku mencongak hidup ni
Beberapa hari yang lepas ada 1 peristiwa yang cukup mengguris perasaan aku.
Siesly takk tahan dah so i just cakap je terus terang to my soul mate
A'ahh memang selama nie perasaan cemburu tu aku simpan untuk hal-hal kecil
je tak kan aku nak besarkan kan. Tapi untuk yang 1 tu aku tak leyhh tahan
betul buat aku sakit. Yap. cukup sakit. dah tengah demam waktu tu memang 
sedap je aku rasa. hmmm  but.i hope all will be ok.

Fine. tu je yang mampu terungkap saat tu.

p/s : my soul mate, saia tak salahkan awakkk tapi i'm jelesss okkkk.done !

Jodoh punya kisah

Salam. dah lama menghilang baru muncul huhu :) now come, i want to share somthing :)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) 

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 p/s : just buat yang terbaik dalam perhubungan dan doa.:)

Friday, June 8, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Betapa berharganya jadi wanita *rasa syukur dengan apa adanya.

Betapa Berharganya Seorang Wanita..


 

credit from here :

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,”Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???”

Tuhan menjawab,”Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?” 

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.

Malaikat menjawab dan takjub,”Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,”Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?”

Tuhan menjawab,”Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.”
“Untuk apa???”, tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,”Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
“CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA…”


p/s : syukur apa adanya diri dijadikan seorang wanita :)

Sunday, March 25, 2012

memori with u terpahat dijiwa*rumah anak yatim darul aminan..












Salam. 24.03.2012
Borneo Saito Club g buat lawatan ke ruamh anak yatim Darul Aminan.
semua kisah suka duka kita kongsi bersama :)

ini sebahagian je gambar yang ada.yang lain tggu k :)

p/s : sebenarnya, apa juak yang kita hadapi dalam hidup,ingatlah ada lagi orang yang lebih susah dari kita.semoga syurga tempat anak2 ini. amin.

Thursday, March 22, 2012

takdir itu aneh..

Just for sharing :)

Takdir kadang² MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan... Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan ♥ ♥

Sunday, March 18, 2012

just to reminder k dear :) ♥

salam n happy sundayyy semuaa :) bulan nie bulan yang memecahlan otak dan minda serta jiwa ..
senyuman kelat lagi terpaksa. bulan yang mendarahkan tangan dengan pen (perghhh dasyat da bunyi ) rupa dah macam gaya manusia putus wayar jakk mgee~~ tapi dalam sesetangah hal je .ok . bukan semua hal yang menyeksaakan jiwa nie. ada juga hal yang menyenangkan jiwaaaa. jiwa oh jiwa. hati oh hatii (sudahh, saia mulai mgarutt lagi )*this adalh peringatn untuk diri sendiri terutamanya coz my assgmnet kesayangan ada 2 kena submit mggu depan p saia tak siapkan dengan lengkap lagi. buatt dfrat je over kih kih kih.<---- boleh pula gelak2..bdaulat betul :X

kalau tidak diingatkan t lupa padah kepada dirkk. manusia insan yang mudah lupa. itu fact!
bukan kita digalakan untuk ingtkn org lain je. diri sendiri lebih2 lagi. sebab tu kat dunia ni kita diciptakan untuk saling bergantungan dan melengkapi antara 1 sama lain. kan kan :) 

rasa hati

sedih bila cuti sem tak dapat balikk !

penat bila kena ulang alik untuk urusan yang sma !

terkilan bila terpandang sesuatu !

bengang bila ketenangan di ganggu !

pening bila terimbas semula gelagat manusia !

rimas bila privacy dicerobohi !

semua rasa menjadi 1. actully semua rasa2 ituu bkaitan banyakk with  my kerjaa. now aku tgh build slow2 semangat nak berkerja macam duluu. sumthing haapen between mee n my big boss.(tak perlu la cita pasal pa, cukup la cerita kat org tertentu je.) sies beb, after that excident aku betul2 macam hidup segan mati tak mauu je turun keje.. aku sendiri leh rasakan aku g keja dlama keadaan terpaksa. tak pernah kot aku dibuat cam tu seumur my life shggakan panas 1 badan aku mlm tu. *kejutan kot. by the way of coz semuakan tu akan mjdikan aku orng yang strong kan :) ♥

p/s :

mood mendaradkan tangan sudahh mari. :)my assmgt syggg tggu ya darlingg i coming <---bdaulat!

kalau nak tahu aku tak boleh kalau orng yang aku syg mnggikan suara n marah tak tentu pasal yang bukan my kesalahan or tanpa tanya aku duluu. sies depan mereka aku akan jadi plakon terbaikk.tapi pastu confirm mutiara2 putih jatuh kat pipi. bukan soal manja  beb, p ni soal rasa. aku memang tak lehh.





rambut oh rambut *rimas bhaaa siaaa

salam :)
mata melilau-liau hik hik hik
mana taknya tertido dpn lappy zz.zzzzzz
hp entah cney tercampakkk ngee~


entry pagi2 nie tentang he he he 
mamai bahhh sudahh saiaa
ney gayaa :)
oke. oke. sies
actually shari nie aku mghbiskan
my saturday kat PWTC ada karnival pdidikan mara
kat sana  my kolej ksyggann buat pameran gakk
then i pun turun padangg kerjaaaaaa
*lau ikutkan hati nak je smbung tdo pagi tdik
maklum la my off dayyy bhaaaa sabtuuu


pas balik landing trus ats katil
penat sesangat he he he he
umah tak de orng sgt sunyi, sepi je
coz my housemate banyak yang balik kmpung
jadi tinggal lah 4 orng jeee :)
yang aku pula tadaa keja g la lekat rama2
tepi dinding my katill. t bangun tdo2 pagi asa rahh taman
he he he he he he *berangan la tekk


duluu nak taip o cita pa pun xduli dlm blog he he
coz awalnya my blog is like my diary la konon
(SEBAB TU SUKA BACA BLOG SENDIRI )
menanya entry blog hari tok tajuknya mokk potong rambut
he he he he geram da ngga rambut depan dah sampai daguu
hmmm. panjanggg glakk ya..rmbut blkng pun gyaaa
nak ptong asa sygg juakkkk. he he
tunggu jak sok i potong sendri my rmbut depan 
he he bukak saloon kdrik he he he
rimas bahh. sangat mengganggu tatkala 
saia blaja or mghdp lappy :)







tetiba miss pula ngn my musyuk musyuk intang payong
alalalalalalalalallalallalalalallala :P
p bila terjumpa o jumpa dia
saia akan rasa gelisah.berdebar dan rasa xtentuu
hu hu hu hu hu hu hu hu 


oke la.sudha ngntuk balik mata  sepet ini sok 
pagi kerja pulaa . .  my bantal sudah memanggil2


ok sekian duluuuuu. salamm 

p/s: sorry la my bahasa cmpur bahsa sawakk *mood nak kaka sawakk :)
pic ada p.mlsss mok upload duluuu *wait saja laa :)





Thursday, March 15, 2012

dah balik KL

Salam. saia dah balikk KL
Tenkiuuu.sekian saje updates saia malam nie.

p/s : mls nak updtes pa2 kat fb. bkak kejap je.then singout balik. mlssssss. saia nak ber'fb skrngg. hu hu. entah laaa :)

Wednesday, March 14, 2012

papa ♥ operation brain

salam. 
aku masih lagi kat Timberland Medical Centre
dimana my papa kena operation brain
so far alhamdulilah papa dah masuk wad biasa hari ni
aku pun rasa lapang sikit nak balik KL esok
kalau ikutkan ayah dah keluar kat wad biasa isnin hari tu
 then da komplikasi akibat operation so my dad kena masuk ICU
balik untuk pantauan selanjtnya pihak hospital sini

9/3/2012

kalau ikutkan family malam jumaat tu aku fly
tapi apakan daya disebabkan agak kelam kabut
ditambah tiket mahal dan flight malam yang penuh so 
aku mengambil keputusan balik keesokan petangnya
aku sampai kat bandaraya kuching nie 
my kazen yang study kat sini jemput aku kat airport
then hantar aku terus g Timberland Medical Centre nie
1st lihat wajah papa. hurmm sebak sebenarnya
macam biasa lah aku sering jadi pelakon terbaikk
dihadapan my papa. tak pernah air mata aku jatuh depan papa
kecuali sebulan yang lalu *teeettttttttt*
(maaf lah aku tak leh kongsi peribadi sangat kot )

masuk hari nie cukup 5 hari aku kat sini
berada disamping my papa tersayang.
yerps aku rapat and very close to my mum but
aku cukup rapat + manja ngan ayahhh :)

nak kata aku anak manja ermm
tak juga, mungkin disebabkan aku satu2nya anak perempuan
dalam family kot yang buat aku agak manja ngn papa
even with my adik2 pun aku manja.
pa lagi with my soulmate confirm manja habisss
 *opss .. hehe

actually my papa ada ketumbuhan dalam
otak yang perluakn operation secepat mungkin
keadaan papa memang dah kritikal sanagt sebenarnya
kalau ikutkan papa dia tak nak jalani pemendahan tu
kos terlalu tinggi untuk pemendahan tu
then mungkin sudah tertulis suratan takdir
bos papa kawan ngan doktor pakar otak then 
setelah ditimbang tara semua papa pun jalani
pemedahan otak secepat ynag mungkin
kalau tak, risiko nya papa leh lumpuh

kat sini papa owez dalam pantauan doktor to
makesure dia stabil selepas operation tu
allamdulilah kedaan papa dah semakin pulih sekarang
aku pun senang tengok papa dah boleh berjalan
dan bergerak seperti biasa :)

sebagai anak yang rapat ngan papa
aku nak ada disamping papa disaat2 dia memerlukan
aku tahu, mungkin aku bukan anak yang cukup solehan buat papa
tapi atleast aku sedang cuba ke arah 

bila lagi aku nak berbakti?? kan..
hanya menemani, menyuap, membersihan papa
ketika dia tak mampu lakukan takala dia sakit
apalah sangat jika dibandingkan dengan pergorbanannya selama ni
begitu juga with my mak. mak. sygg makk.

malam nie malam terkahir aku ngan my parent b4
aku berangkat esok. melihat wajah-wajah
mereka membuat hatiku ku rasa sebak pun ada, lega pun da juga
papa operation nie membawa hikmah yang cukup besar dalam family
kalau tak,aku pun tak tahu apa keputusan mak dan papa
*maaf la agak tersirat lagi maksud, aku tak leh share kat sini
privacy family :)
aku doakan semoga semuanya baik-baik je

esok aku balik KL.
my adek dah balik haritu lepas papa operation

kepada yang mendoakan tengs banyak2 k.
yang tak putus2 bagi kat semangat dan sokongan
hanya Allah je yang dapat balas kebaikan kalian

n to my soul mate ♥ 
tengs alwaays beside me

p/s : dalam dunia ni banyak perkara yang menjadikan kita semakin matang sebenarnya.pengalaman mematangkan diri. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya kan. Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya.






Wednesday, March 7, 2012

*Terkeduu seketika..

take me to your heart 
la la la la la la ala la la 
my fon berbunyi..

me : ya papa??
papa : papa ada kat kuching sekarang. masuk hsopital specialist.
ada ketumbuhan  kat bahagian kepala papa..
me : hmmmm so macam mana keadaan sekarang ??*dengan agak sebak tapi terpaksa cover coz nak masuk kelas.
papa : tengah tggu keputusan nak.
me : ok papa t kalau daha da keputusan call tau.
papa : ok nak.

then after 10 minutes cam tu..

my fon bunyin lagi kali nie my adekk..

adekk : na, wallet papa hilang..tolong kol mka dulu
me : ha?? *terkejut ok..terkedu terus of fon then call mak

then after kelas kol my adekk balikk..
alhamdulilah so far dah ok dah cuma keputusan rawatan papa dirahsiakan dari aku,:(

hmmmmm..:(

sebenarnya.kalau ikutkan kehendak family sabtu yang lalu aku dah pulang fly
balik sarawak coz duit untuk tiket semua dah ready
tapi atas sebab2 tertentu akutak jadi balik
yup aku sendiri yang tak nak balikfamily pun tak paksa sangat
coz kalau balik sekali pun belum tentu pa yang tengah berlaku akan selesai
jadi aku memilih untuk terus berdoa dan teruskan hidup
( macam entry sedeh2 gler2 plak)
*sorry la agak tersirat walaupun aku meluah kat blog.
macam biasa la..for me..tak semua yang kita ada 
alami, kita rancangn org kena tahu kan :)

p/s: ibu ayah, dari jauh ku pohon restu semoga Allah lembutkan hati kalian sebagaimana Nabi Daud melembutkan besi. amin.


Monday, March 5, 2012

Saat bercerita tentang dia . .♥♥

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. 
Perasaan yang bukan baru semalam berputik
Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai 
perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya 
tak pernah aku paksa, perasaan yang tak 
berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.
Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. 
Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama.

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. 
Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. 
Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua 
ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.
Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. 
Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. 
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang 
aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. 


Tak perlu seperti pasanagn lain bagiku
cukuplah dia memahami diriku selanyaknya aku
ingin dia memahami diriku. bicara pada yang perlu 
Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana 
perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. 
Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. 
Namun aku sabar dalam menjalani hubungan ini.
Bagiku tak perlu semua orang tahu sebelum tiba masanya

'Jarak' yang kami bina adalah pengikat rindu dan kasih yang kadang
tak siapa pun mengerti bila melihatnya perhubungan ini :)♥

Tak siapa pun faham kisah kami
kerna hanya kami saja yang memahamii kisah kami 

Dasar cinta itu bukan pada Facebook
bukti cinta itu juga bukan pada kerapnya bersama
Ikatan sayang itu bukan berkepit seperti belangkas
tapi cinta itu adalah rasa percaya pada pasangan
walau dimana pun dia berada
dengan siapa pun dia bersama
sedang berbuat apa pun dia
rasa percaya kena ada 
kEPERCAYAAN

Bagiku tak semua perkara orang perlu tahu tentang kita
tak perlu kita hebahkan, tak perlu kita publishkan
biarlah 'mereka' tahu sendiri apa yang kita ada
ini semua agar kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dalam hidup :)

bila hati bicara
hanya kau dan aku saja yang mengerti ♥

p/s : awak tahu tak, awak telah membuat perasaan yang telah lama hilang muncul kembali dalam hidup.

alahai Facebookk.

Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar. 

Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.

Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,

100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends. Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.

Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A) + (B) = 30 000 300 - (C)

Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)

Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.

Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends

Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)

Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.

Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta

Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.

Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.
Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.

Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.

Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.

Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!

Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!

Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.

523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.

Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.

Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.  :)

p/s : rambut cantik macam mana pun,.simpan tok yg berhak,.,..rugi perempuan bila dah xda rahsia,.orang dah xexcited nak tahu,...hehe.

Friday, March 2, 2012

test mari mari :) *nebesss


t.E.S.t  mari mari. :)
tadik ada test. seram sejuk aku. nebess 
 rasa macam bahang final exam plakk ..
azab exam semakin terasaaaaa ngeee~

mahu tak mahu ssai terpaksa merajinkan diri
masuk- masuk kelas terus study lagi
(padahal kat telinga dengar laguu hik hik hik :D )
nak me'rilek'kan diri sebelummm azab test tadi
entahh la test kali nie memang betul2 macam testinggg sangt la

sebab ada 70 markah tauu. byakk tuu..
mahu tak memerah otak studyy tadikkk.


cakk. sempat juga beposing penuh sopan dan santun la sangat 
sebelum g kelasss. withh SITI HAIDAAA n TIKAHHH :)



ampunkan dinda kanda..he he he
*pic ni sengaja diambil kunun lega la lepas habis test 




Cik eyka he he.as a photograperr todayy :)
good job syggg he he he...tantekk pic hari nie he :)
dye nie tomeyy. shuke gelak2. sambil terguling2 <---gurau je


selepas test dalam 7.30 cam tuu balik la. awal..
maka berakhirnya azab test pada hari nie.

p/s: test tadikk aku asyik termenung jee bykkk. *mencari ilhamm :)  terasa azab final macam nak dekat2 dahhhhhhhhh. final i misss uuu <-----------ngeeeeeeeeeeeeeeee~ lol

Sunday, February 26, 2012

ini cerita hari sabtu outingg akuuu..:)




Tadaaa!!!  ngeeee ~
salam. semuaaa :) he he he he he he he
muka agak kepenatan selepas men'yukaneka'kan diri
di padang UITM daripada pkul 8pagi samapi la kira2 pkul 2 cam tu
baru habiss... *excited nyeee aku cerita tentang sukaneka tuu
p tak da piccc..tggu k. waitt :)

Petang semalam aku g la teman my housemate
katanye nak p beli barang sambil cuci mata.he he
ehh..ehh yang cuci mata tu gurau jee tau..
mati kene sembelih lau my ehem2 tauu.. 
ha ha ha ha  ha ha ha ha 

nie dia SITI HAIDA MAT ISA  :) my isteri <-----lol.ngee~
ayu tersimpuh menunggu KTM

Cakk :) muka menunggu KTM
*Menunggu sesuatu yang amat menyebalakn bagikuuuu
lagu aishiteruuu :)

 

Inilah 'kenderaan'  rasmi yang aku ada
 Nie time tak dee kerjaa..pic kaki juga diambikk


 Rasa2 nye ane satu  tangan aku??? 
Confirm la yang takde ciincin..he he

adik ayah ada kate, jari tangan aku tak macam jari tangan gadis lain
aku pun tak tau nape dia kate cam tuu..
nampak kecik n pendek..lalallalala
apa2 je..yang pasti dengan jari tangan nie lah aku 
buat kerja selama ni :) he he he
tangan aku kecik..saiz cincin rasanya saiz 6-5 cam tuu



Okkk lahh bila dah sampai kat subang, aku n ida ronda2..
then..tengok jam dah nak masuk maghribb..
jadi, dahuluan apa yang utama..:)


comel kan muka dia..:) untung sapa dapat dye..)
hehe bulatnye my face :P

Lepas menunaikan kewajipan..
pa lagi jalan-jalan la cari apa yang dihajati...

aku nak p cari tafsir qurann
tafsir aku, ak dah bagi kat ayah  dahhh :)
so bila ayah rindu boelh belek2 tafsir tu ke, bace ke.. kan kan
aku bukan lah anak yang solehan namun aku sedang sedaya upaya ke arah itu 
amin.:)

budak niee actually tengah mengais2 sesuatu yang melekat kat kaki die, then 
aku n ida g la jadi hero selamatkan dye ha ha <---poyo je ayat akuuuu
g la tolong budak tu buang something yang lekat kat kasut die..
pastu..SNAP! he he


 
wah2..semapt pula minah nie beposing

tengokk yaaa..hu hu hu hu



tengah try2 kasut cik ida nie ..
mulanya aku just nak teman je dye masuk kedai kasut nie 
tak terlintas langsung  pun nak beli kasut
namun.huhu..dugaan datang melandaaa
cewahhh. ha ha :) tak boleh bla ayat akuuuu.

akhirnya aku melting..
arghhh. sungguh kuat dugaan akuu..
ha ha ha ha ha ha ha ha ha

finally aku melting ngan sendel nie he he
comel sangat :) meltingg sudahh sayaaaaa,,

then, aku gagahkan ke counter..hehe
finally...


finally aku 'terpaksa' beli juga hahahaha...

selepas jalan2 he he
akhirnya mngisi perut :)
perkara utama adalah MAKAN :)


habis kulit ayam aku kopekk :) *ha ha.. tak habis pun makan ha ha ha

then,,sekian dulu cerita outing saia he he :)
*eksen jak barang ya..bukan brg saia semuaa


p/s : balik tuuu aku cemburuu tengokk my maduu sudah rim baruu <----ngeee ..lol..(abaikan aku gurau je )sies.kadang rindu nak kuar nagn dia,namun apa kan daya masa tidak mengizinkan ,masing-masing bz ngn komitmen sendiri...(ayat memujuk diri )

berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...