Friday, October 14, 2011

mencari kesempurnaan :X

"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..

p/s: :)

Wednesday, October 5, 2011

ok la itu..apa yang ok nya??? hahhhh?? a'ahh

ok la itu..apa yang ok nya??? hahhhh?? a'ahh
arggghhhh hhhhhhhhhhhhh*ikut sound zombi dalam game
fuhhhh. aisehhhhh meh sini aku nak mengepak

hu hu hampir tiap2 kali aku updates blog
beraneka mode yang aku sajikan

argghhhhhh.
serabut + tak tentu + serabai + blurrr
itulah yang aku rasa.
hidup aku hari nie rasa serabut sangat nak mnguntumkan
senyuman pun aku terpaksa jewwww.eeuuuu.
aaaghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
x alah2 aku terais jak ctok lak..

geram da jak aty. saba jak lah.
 mn dpdh kcik aty lak..
hatinya jak la tauk dijaga aty kta tok
xda sapa nak jaga.. auk jak la kohh
ktk jak menang.

bohh nangga kmk diam aluuu nak
ninjak palak bahhhhh..
inagt kmk tok pa ka..
aieeee gerammm da jak saaaa

xalah2 tok..xalah ya..
ingt i robot ka???
 u, u ingat u punya hal jew..
anggap u jew betul. .a'aaahhh??
ye la u je betul .betul sangat!!!
PERFGECT!
hal orang lain u tolak tepi, hati orang lain
u bia je terasa.
yang u tauk u punya hal je. ok fine
eeeeeuuuwwwwwww!!!

ok hari ni aku nak marah so??
hal aku juga lahh nie blog aku
ee geram nya akuuuu.
kadang nak gila juak rasa.
xtentu idup dipolah daktokkkkkk....
 juuuu !! saaaaaaabbbbaarr!!


yehaaaaa

yehaaaaaaa!!!!!!!
azab final exam dah habisss sudahhhh
kini tiba pula menanti result-ing keluar. hu hu
 tak rasa dah 1 semester aku kat sini kan.. kan.. 
sem 2 ni nanti pula hanya ada 7 minggu short sem.
fuhh kena pull-up nanti.. dush..dush..dush..

Sunday, September 18, 2011

housemate + my soul mate he he

mata kian sepet.
menunggu masa me'landing'kan diri
merehatkan minda yang tlah lama beroperasi
waktu tidur kian tak menentu pengaruh isomnia yang melampau hisshh
makanya aku gagahkan diri untuk menconteng kat blog aku  he he :D

hari nie ake spend masa ngn housemate aku yang tercinta. ha ha
mana tak nya diorang asyik membebel je kate
aku jarang kat umah asyik keje jew aku..
balik umah g kolej then tdo..zZzzzz..
so ujung minggu jew da masa terluang.
minggu exam nie kira ok gak coz aku tak keja.
so study la sama2. he he.
alalalalalalalalalalallalalala.
apa pun tengs aaa buat korang2. he he
yang selalu buat aku sampai nak 
pecah anak tekak ketawa
usus perut bebelit2 dengan macam2 pe'el he he
pa pun korang housemate tebaekk yang aku penah ada
to ika, sena, ekin, ida, ndia, lyn, nadzerah, atyn n ika
syggg korng..

n sepesel to my sama bilikkk
tika + sena + ekin + ida
sayanggggg koranggg muah muah
ha ha ha ha hi hi hi hik hik hik

menjalani hidup nie kadang2 terlepas byk perkara
yang kita nak dalam hidup.
kadang-kadang tuntutan hidup datang serentak mdesak
kita terpaksa berkorban untuk membuat pilihan
cian nye sapa yang jadi my 'soul mate'
kdng2 sma2 bz dengan hal masing-masing
mun xada persefahaman
nang xtau la nak madah gney  tewk kohhh
sama2 jaga drik jak..sendiri mau ingat laa *ngepak
sbb tu la cari soulmate kena y boleh memahami
saling percya + berfikiran positif
(uhuk, jiwang plak akuuuu :P )
tapi betul la, dalam hidup nie kite kena
cari orang yang boleh faham kite & 
dalam masa yang sma gak kita kena faham dia 
cam ne kita nak dia faham kita
baruuu la adil dan saksama hhu huhu
(sebenarnya aku tgh berbicar tntang sape erk?? opppss)
biarlah rahsia. :) 


ok la sekian dulu :)

p/s : kepada my soul mate huhu.imy







Kalau jumpe kekasih 5 kali sehari ok tak?

salam.jum melayari perkongsian nie.

Hmmm..sebelum korang buat spekulasi yang bukan2 terhadap entry  ni…ape kate korang bace isi entry aku ni dulu. macam…kalo tak kenal maka tak cinta  ?ok…al kisahnyer cenggini…

Perempuan A: aku jumpe pakwe aku sebulan sekali..hebat tak?dia takleh la kalo tak jumpe aku rindu memanjng…naik rimas plak aku

Perempuan B: aku plak aku rase pakwe aku lagi sayang aku kowt…kalo boleh…setiap minggu nak jumpe aku tau..kalo jumpe tu of kos la..ader pegang2 sikit…biasela…rindu~~~~~

Perempuan C: hum…tak cukup hebat lagi…aku plak!!!hari2..jumpe tau!!

Perempuan D : perempuan D dah diam..dan hanyer tersenyum..kalo aku cakap masti korg tak cayer..aku jumpe pakwe aku 5 kali sehari tau..ni mmg wajib…mesti kowg tak leh lawan aku punyerlah.

Perempuan A,B,C dah terdiam….tapi still gelak2..otak kuning la tu huh….

Perempuan D:hmm…kalo tak cukup lagi…pagi pon aku jumpe..so dah jadi 6 kali sehari…kekasih aku ni..tak pegang aku..sebab dia nak jaga aku…kekasih aku ni.. ….aku jumpe time subuh,zuhur,asar,magrib ngan isyak..best tak???insyaAllah..kalo jumpe dia slalu mesti dia akan bg kekasih yang better untuk aku. Wallahualam

p/s:agak2 berapa ramai yang jumpe kekasih dia 5 kali sehari??kalo jumpe pakwe makwe….sampai tak cukup hari toi tak??muhasabaha jummmm…usia tak tunggu kita 

Friday, September 16, 2011

ha ha hu hu hik hik

Salam.
emmmm. penatttt sgttt hari nie
xtually aku xda mood sgt hari nie xtau la nape
nak kata tension.lebih kurang laaaaaa
tapi orang yang tension xkan ckp dia tension.
jadi kes aku nie nie tak tension laaa?? ha ha
lebihh kurang tambah ckit bgituuu laaaa..huhuhu

ok la mehh sini aku luahan apa ynag terbuku di hati ini.
sebenarnya,aku betul2 xdaa mood sgt hari ini.

aku bukan tak pandai share maslah tapi bagi aku tak semua perkara kita
harus share kan kadang luaran tu je yang happy semacam dan gelak-gelak..
tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu
aku ada share juga kat insan2 tertentu dalam hidup aku. n insan y aku percya.
aku memang agak rapat ngn semua kawan2..tapi hanya yang betul2 rapat je aku share masalah aku.
kadang aku tak share pun kat sapa2. bukan lah aku nie jenis yang pemendam perasaan tapi entah lah
mungkin kena dengan nama yang aku selalu guna tu

Jueeinsyirah

juu maksud dia yang memiliki

insyirah yang melapangkan hati

jadi apa2 jew yang datang dalam hidup aku aku terima dgn lapang hati :)
mgkin memang sikpa aku dah cam tu.masalah aku hanya insan tersyg dan org tertentu je tahu

rasanya aku letihh kot hari ni
then ditambah dengan beberapa perkara yang muncul dala hidup hari ini
mahunya tak terkedu akuuuu melalui hidup hari ini

namun, aku bersyukur hingga ke saat ini aku msh lagi hidup.
aku rinduuu kan seseorangggg hu hu hu hu 
ok la sekian sahaja duluuuuuu


p/s : mood rnduuuuuuuuuuuuuu

Saturday, August 20, 2011

mode trun naik.

dushh dushh
salam 
alahamdulilah ada juga kesempatan lagi untuk mengupdates blog nie.
sejak 2 3 4 mejak nia aku bz ngn life aku
kadanga aku sendiri pun tak tahu pa yang d bzkan..
perasaan bercmpur skrg nie. ishhhh.
cool..

Tuesday, July 12, 2011

Luaran itu tidak menggambarkan apa-apa

Salam.:)
Alhamdulilah baru saat dan ketika ini aku dapat mengupdates blog nie. bukan apa aku mlsss dan tuntutan hidup yang mendesak membuatkan aku jrang meluakan masa kat blog sekarang nie.

sekarang nie aku tgh smbung sambung study dalam security managemant.kat petaling jaya.
kehidupan kat sini sungguh banyak la sgt mengajar aku apa itu hidup.
kat sini lau tak pandai kawal dan bawa diri insya-Allah akan hanyut.
syukur juga kat Allah yanga ku masih ada kakak2 sedara kat sini.
so hujung2 minggu ley la aku g rumah mereka sbgai penggnti ayah dan ibu kat sarawak.

Aku rasa kan. banyak sangt miss communication kat sini.
tapi tak pe. pelan2 aku pun masih tgh sesuaikan dri nie.

Ada kawan tanya semalam nape aku tak cakap yang aku baru kehilangan datuk aku.
then aku explen la baik2 kat dia.
kadang-kadang tak semua perkara kita leh share kat orang kan.
munkin orang kat luar sana tengok aku happy dan ok je. tapi dalam hati tak siapa yang tahu.
minggu lepas aku kehilanagn 2 orang ahli keluarga. pertama kazen aku kena langgar lari kereta
 umur dia masih muda rasa baya aku je tapi tu la ajal maut di tangan tuhan.
selang 1 hari aku dapat tahu datuk aku sakit tenat
2 hari kemudian aku dapat tahu datuk aku dah pergi buat selamanya.
sedih memang tak terkata saat tu.
aku dapat panggilan dari adik aku kat sarawak time aku tengah keja.
air mata takyah cakap time tu keyboard basah kena air mata aku.
masa tu emosi memang tak stabil.
aku bertekad nak balik petang tu juga flight g sarawak.
tapi papa halang aku pergi dia takut aku tak dapat kawal rasa sedih aku dan bimbang takut terjadi apa2 kat aku dalam perjalanan.

sebak.
tu je yang aku ley ungkapakan.
masa mak call dari sarawak.mak cakap aku satu2nya cucu datuk yang tak da.
lagi sebak aku satu2 nya cucu perempuan dia yang ada yang masih bujang.
yang lain dah ada komitmen dan berumah tangga serta kerja.

entah dari mana aku dapat kekuatan untuk berlagak biasa je hari tu
padahal dalam hati aku cukup sebak dan sedihhhhhhh.
sekrang aku tgh stabil kan emosi dah tgh flu nie. sabar je la.
dugaan hidup. . kalau tak diduga bukann hidup namanya. :)



s.e.n.y.u.m
hanya yang memahami je mampu mentafsir apa
erti disebalik setiap senyuman

yang pergi tetap pergi.
satu saat nanti aku juga akan pergi.
semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

* aku syg family aku.dan dia.:)


Saturday, April 23, 2011

cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.

cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik

Salam. updates2 blog jak terus status ya .naik..

dah la agak lama tak updates blog nie..huu..
cian dierr.tak pee.

terlalu banyak yang aku nak share n cerita.p biarlah 1 persatu kan.
tapi bukan pagi nie..aku ngntukk..

p/S: idup ku..dunia ku..

Tuesday, March 22, 2011

SPM KELUAR ESOK

 semua nebes memikirkan result.tapi aku nebes memikirkan tak dapat beraya bersama keluarga tahun nie..
siesly.bukan aku tak kisah dengan result aku esok.tapi aku dah da matlamat yang aku nak target..

upu
makatab
matrik
u swasta

aku dah mohon. dah isi semua kecuali upu..tggu result dah keluar baru aku isi. tapi siesly aku tak da keiginan nak sambung study kat yang di atas tu. aku isi hanya menunaikan amanah mama dan papa.:) tak leh la nak jadi anak derhaka kan diorang suruh mohon so aku mohon. amanah tu. so kena tunaikan.

walaupun u yang aku nak pergi tu takda dalam list aku kat atas. tapi aku dah g briefing pasal kemasukan U tu awal Julai nie. 

Aku tak nak cita banyak2.he he. biarlah rahsia dulu.coz aku pun masih tengah istiqarah dalam membuat pilihan nie..

Esokk. reult SPM keluar. semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang bersama sahabat yang lain. amin.

P/S : esok semua off line..<--------------tipu..:P ha ha

Thursday, March 10, 2011

dunia aku : dunia sepanjang aku tak updates blog :)

Salam. :I
agak lama blog dah x diupdates. bersarang dah blog cian nya.
sorry my blog. afwan jiddan. :)
ada komitmen lain yang perlu di selesaikan.

meh aku a.k.a saia. a.k.a syirah <---nama baru :P

g indonesia selama 2 minggu.
ini adalah sebab utama tak updates2 blog buzy ngan hal family kat sana. Lagi pun bukan selalu pat balik Indonesia jumpa family kat sana kan. so terabai la blog nie bersebab. nanti upload gambar k. tggu je.. :)
meh cita ckit cerita pasal indonesia nih. actually my papa  orang sana bahagian Makassar, Sulawesi  Selatan.
pemandangan kat sana fuhh cantekkk. subahanallah. Tak tergambar dengan kata2. Orang kat sana pun semua ramah-ramah belaka. Tetapi ada 1 benda hal yang kat sana membuataka aku rasa masih banyak 'kerja' yanga ku perlu lakukan. 

selsema + sakit2 badan + kurang sihat
ini salah 1 lagi sebab aku tak updates blog. 3 in 1 aku hari tu. so aku pun tak tahu nak tulis pa time sakit masa tu. of coz idea ada tapi tak larat la nak menghadap lappy time tak berapa sihat. 
tapi now alhamdulilaha ku dah sembuh .:)

balik kampung belah mak : adik moyang meninggal
aku ikut mama balik kampung . Moyang aku lebih setahun yang lalu telah dulu pergi. sedih . sebak. mana tak nya, masa tu aku kat Indonesia ngan adik aku. so memang tak sempat jumpa moyang aku. Last aku jumpa dia sebelum akku berangkat g Indonesia masa kau form4 masa tu. Yang adik moyang aku nih, aku pun tak pasti bila last jumpa. ermm kalau tak silap masa majlis arwah moyang. semoga rohnya dicucuri rahmat.

aku dah kerja sekarang
ye, aku dah kerja. tak caya ka? Aku pun tak caya dulu aku nak kerja tapi mama memang tak kasi. Then hari pintu hati mama terbuka bagi aku kerja tapi..lepas balik dari Indonesia la. Hari dah masuk 5 hari aku kerja.
aku kerja kat butik. kerja pa? Jadi boss a.k.a manager he he.. betul la. abi dan umi (owner butik putrasyzleen collections) g KL ambil tempahan dan stock baru. 

Itu lah antara napa aku tak updaters blog. kekangan masa. bukan sengaja. FB pun jarang aku updates. Tak tahu nak updates apa. Kalau ada terlintas kat kepala otak aku time tu,aku bukak la FB n upsates.:) atau pun nak bagi tahu sumthing kat member + sedara + kazen :)

num celcom aku tak dapat dihubungi buat sementara nih.
nak tahu kenak?  kenapa? simcard celcom aku tinggal kat Indonesia :).
jadi aku kehilangan sebahagian num contact dalam sim tu.
jadi aku buat simcar replacement. masih guna yang sama.:)
tapi aku tak guna sekarang la. sekarang aku guna num lain dulu
demi keselamatan dan keamana awam. he he..ngarut je.:P
adalah tu :)  sabar je, nanti aku guna num celcom tu gak.:)

wahh panjang contengan aku plak. :) 
alhamdulilah semua nya berjalan lancar.syukur alhamdulilah.:)

p/s: (*_^) aku insyirah.:)




Tuesday, February 15, 2011

OFFLINE.KU GIE SEBERANG...

aku akan offline..
fb tak akan aku upsates lagi..
blog pun stakat nie dulu. 
doakan semuanya selamat. amin.
dan selamat myambut maulud nabi.:)

Monday, February 14, 2011

Sekurang-kurangnya aku dah cuba..

Bismilahirahmanirrahim.
Ku gagah diri menghadap lappy jua 

sekurang-kurangnya ku dah cuba.

apa yang terjadi sebenarnya? 
biarlah aku simpan kemas-kemas dalam hati ini.
tak perlulah aku cerita apa yang terjadi.
cuma, aku belajar banyak perkara malam nie.

saat ini mungkin aku
rapuh
kecewa
sedih
hampa
terluka

namun aku percaya tiada
kedukaan
kesedihan
kesepian
kecewa
kehampaan
yang abadi di dunia ni. semuanya akan berakhir ini.
asal kita redha dan sabar.
janji-Nya itu benar.

x selamanya hidup akan begini.
hidup kan umpama roda.

tak perlu benci, dendam atau marah.
setiap apa yang berlaku dengan izin-Nya
tentu ada hikmah kan.

malam nie aku pujuk diri.
kalau ini adalah yang terbaik,aku redha dan sabar.
kerna aku tahu,Allah tu takkan menzalimi hamba-Nya.
mungkin jauh di sana Dia sedang rencanakan yang terbaik buat aku kan.
tak perlu fikir lagi. kecewa kali nie,Insya-Allah bahagia di hadapan sana kan.
mungkin saat nie,ini adalah yang terbaik
jangan risau, aku takkan berdendam atau sakit hati 
jauh sekali nak membenci.
aku bukan terlalu baik atau malaikat
aku insan biasa yang tak nk ada dendam,benci dan sakit hati
terhadap insan yang disayang
tipu la tak sedih kan.
orang yang kita sayang..
tapi 1 hal aku aku belajar, 
kita tak leh nak paksa hati dan perasaan insan lain.
kalau itu yang dimahukan aku akan turuti dan hormati
keputusan yang telah dibuat malam nie.
tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba kan..?

nak melupakan? 
sebenarnyakan,semakin kita nak lupakan orang tu, semakin tulah kita 
tak dapat lupakan dia. sies. nie berdasarkan pengalaman 
aku dan sahabat yang lain
cara terbaik.kita biarkan je.
jangan kita paksa.

aku speechless.
bila tgk tarikh hari nie.
kenyataan aku dah dapat.
thanks.

antara kenyataan dan harapan.
sebenarnya,dua2 nie membawa ksakitan kan.
tapi aku lebih memilih kenyataan.
kenyataan nya memang pahit untuk ditelan
sakitnya tu, takyah cakap la...
tapi kenyataan ini membuatkan aku takkan mengharapan pada
yang bernama harapan lagi.

kan.

apa pun sekurang-kurangnya aku dah cuba.
ya.aku dah cuba..dan aku dah tahu cam ne.
kalau aku tak cuba mungkin aku tak tahu kan cam ne
tak usah dibicarakan lagi.
cukuplah ianya terhenti sampai di sini.
bia aku simpan kemas-kemas dan tutup rapat2
semua dalam yang bernama kenangan dan pengalaman.


sekurang-kurangnya aku dah cuba.



p/s: ini bukan entry aku putus cinta a..jangan salah faham. ini entry aku kehilangan..tak apa,aku dah bersiap sedia menghadapi kehilangan nie.i.A aku kuat.amin.







Saturday, February 12, 2011

kebersamaan kita :)


cak! tadaaaaaaaaaaa.
salam. rindu aku dengan skuad lucu. niehhhh..
*takorang la paling..paling lucuuu..
lucu bena aie...:P
lama dah x molh lucu sama2..
ekin, min,jannah,tiqah,ena,far far dan aku la.
da lagi,oyoz, nono, zz ..

 tok pic time BBQ kat umah zz sebelum zz pindah kuching.
banyak gik pic lain p banyak kat fb la..


tok anak dara.sempat pose time nyiang ayam..:P

 tok pic time hangout dgn far far time form4 dulu...
baru terjumpa..
kenek far..far..a.k.a farrah g PLKN.

 gamba webcame :P
ada dalam 100++ gambr diambk time ya..
time plh keja kusus PSK..
p xla nak upload semua kan..
cukuplah sekepng tok..
yang lain dalam simpanan kami masing2 :)

p/s : kat fb jarang aku nak upload pic life..he he..kat blog orang kan jarang baca..jadi aku lebih selesa di sini :)

My adekk 17 years old..today.

salam. 
today is my birthdayyy..<----tipuuu.memang pun tipu.
aku belum habis cakap lagi la....
hari nie.birthday adik aku.
tapi tak macam adik kan..
macam abang aku adalahkan. hihi
semoga panjng umur dalam mengingati Allah dan Rasul.
dan..
semoga berjaya lulus cemerlang SPM tahun nie yea bubut..

meh aku story ckit pasal mamat nie.
dia nie lahir kat sabah sama gak ngn aku lahir kat sana.
aku memang rapat dengan adik sorang nie.
bukan yang lain tak rapat,cuma lebih rapat dengan dia nie la.si bubut nie..
kalau kitaorang hangout sama.macam2 tanggapan orang
ada kata kami 2 kapel la..(pelik,muka kan hampir sama)
ada kata dia abang aku( tu aku sukalah,aku rasa cumil jap:P)
ada kata macam2 la..dan pernah sekali orang fkr kami 2 nie tunangan.
hai,dunia..dunia..suka membuat hypotesis sendiri.
suka buat tanggapan sendiri..

dia nie sorang yang berani.aku respek la.
aku pun tak seberani dia,mungkin sebab dia lelaki kot.

kami banyak share kegemaran yang sma.
terutama g camping.memang selalu g samalah.
so parent pun tak risau kalau kami g camping.
aku boleh tgkkan dia,dia pulak tgkkn aku. :)
 selain tu kalau da masa g  joging petang2
buang apa yang patut bersama kawan yang lain.
kalau tak pun dengan kazen mazen aku.

aku satu2 nya anak perempuan dalam family,
kalau nak g mana2 pun kitaorang selalu g sma.
beli disc, kumpul gadget , bli baju..
sure aku rindu adik2 aku kalau aku g jauh dari mereka kan.

tak rasa kan.masa sungguh pantas berlalu.
hari nie dia genap 17 tahun.
semoga berjaya dunia akhirat.

p/s : hari nie birthday kak.adzni dan oly juak..happy birthday :)

rambut pendek...

salam.
buat pertama kalinya aku berambut pendek...
sebelum nie aku rambut panjang je..

anatara perubhan yang nampak..
1. muka aku nampak kecil..
2. aku nmpak cam budak2 he he..kiuttt.he..

nak tengok? opss..mane lei..aurat la..

p/s: aku teruja buat pertama kali rmbut pendek..nampak lain sangat...*xda la pendek sangat paras bahuu.



Friday, February 11, 2011

sana sini cerita cinta

salam. 
sana sini situ sana sini situ lagi cinta.
takda cita lain ka? 

Cuti Chinese New Years hari tu sempatlah ziarah-ziarah sedara terdekat.
Bila lama tak jumpa sure banyak benda dan perkara yang di sembangkan.
la la.bla bla. tup tup..1 perkara dan isu yang tak kan pernah ketinggalan adalag soal cinta.
~teeetttt~
 kazen yang sebaya ngan aku dah kahwin dan tak lama lagi bakal timang baby.
kazen aku yang terdekat pun cam tu gak.

Bila berkumpul ramai2 camni memang suka la usik mengusik. he he.
then, bila tiba2 seorang kazen aku 

kazen : awak tu dengan siapa sekrang nie ?
aku : (buat2 muka konpius) aku? dengan mak bpa lah
kazen : tu dia starlah loyar buruk dia, orang kata kekasih la..
aku : aku cam biasa masih single (smabil sengih2) tu pasal kot diorang tak cya.
ha ha. aku siap senyum2 kambing lagi he he he..
kazen : tipulah kau single sekrang nie. kau tak macam orang single pun.
aku : sies, aku memang single. korang nie suka la nak sakat2 aku. hampehh punya kazen. :PP
kazen : sies la na..(.nada merayu palk)
aku : Ya Allah,memang aku single la skrng nie.tak caya sudah...
kazen : baru aku caya. kenapa?
aku : aku masih sayang kat orang lama kot..hihi tak da la. saja je nak single
ok apa, lagi pun sekrang nie banyak perkara yang kena buat dan banyak benda yang kena fikir .


setakat nie, kalau aku masih sayang kat seseorang tu,aku cakap je aku masih sayang ,yelah bia suatu saat nanti aku tak nyesal kerna dah pernah cakap dan luah kat dia suatu ketika dulu.
orang kata kalau kita sayang kat orang tu, kita kena cakap kat dia, tak pun bagi dia hint.
kalu kita dah cakap, dah bagi hint-hint kat dia tapi buat tak tahu je.
biakanlah.bagi ruang buat diri masing-masing...
tu kita serahkan je pada takdir..sekurang2 nya kita dah cuba.

wahh.sana sini cinta cita sal cinta..aku pulak jadi blurrr..ha ha..
jumpa plak kawan lama, trus tanya,u ngn spa sekarng?
dia tak nampak ka,time kitaorang jumpa aku tak de ngan sapa2. he he..
aku buat biasa je,kata aku masih yang dulu...aku perlu waktu. he he..
(macam ada benda tersembunyi plak kan bila aku kata aku perlu waktu)


 doa aku panjatkan agar diri sentiasa kuat. dan tabah.amin.

p/s : kalau orang tanya aku pasal cinta sure aku jawab aku tak tahu..i don't know...kadanga ku keliru dengan persaan aku sendiri..







Wednesday, February 9, 2011

Dalam mihrab cintaku

demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

reff:
suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

repeat reff [2x]

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga 

Aku suka lagu nie, hanay sebauh lagu sudah cukup menggambarkan dan meyatakan apa yang aku ingin luah. Benar, suatu saat nanti aku akan kembali jika diizinkan-Nya. 

Thursday, February 3, 2011

Sesiapa nak kahwin dan sewaktu dgn nya meh tgk sini..:)

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



p/s : just sharing je..takde kena ngena ngan aku..:P 

catatan diri :)

Salam.
alhamdulilah aku dah siap packing barang2 aku.
Sebenarnya aku akan g Sibu dalam esok then akan balik sabtu nie. Aku ada program kat sana J
Kalau ikutkan hari nie aku ada ‘kepincangan’dari kul 8-5ptg .
Then esok berangkat g Sibu sampai Sabtu.
Ahad ada daurah lagi + cirle ku.
Isnin nie pulak, petang aku da meeting. Kat Pusat Kgiatan Rakan Muda Bahagian Bintulu.
Rombakan jawatan akan dibuat semula untuk memilih dan membubar ahli jawatankuasa 2010.
Aku tak de la penting sangat, hanya timbalan setiausaha sebelum nie.
Ramai yang tak tahu,ada yang tahu dah dekat2 jawatan tu nak dibubarkan semula.
Itu tak penting kerna semua yang kita miliki hari ini hanya pinjaman semata2 dari-Nya.

Insya-Allah 12.February nie next s.o.s (series of srikandi) tajuk dia
Tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
 Ehem2 Apabila baju melayu bertemu baju kurung J
Semoga semua urusan dipermudahkan. Amin. Amin.
Then 3 hari lepas tu aku berangkat meninggalkan Malaysia buat 14 hari.
Insya-Allah dalam 28 cam tu akan kembali semula ngan family aku ke sini.
Then. Then. Then..
Guesttt.
Oh no MARCH will coming
The nebes time came back,result SPM akan kuar dalam bulan March nanti.
Aku tawakal dan redha walau apa pun keputusan yang bakal aku terima nanti.
Semoga diberi keputusan yang terbaik dan pengakhiran keputusan yang terbaik nanti amin.

p/s : maaf sanagt,aku jarng updates mukabuku sekarang lau da pa2 rujuk blog he he.kerna aku lebih selesa di sini.

Wednesday, February 2, 2011

Facebook... d situ kita akan nampak suka duka benci sayang chenta manusia tentang L.I.F.E ! =)

Salam. :) cita sal facebook .memang tak pernah henti.
Kalau kat depan pc yang tak pandai kawal diri surelah duk kat depan pc hampir 24 jam.
 hidup dengan FB je apa rasanya nye erkk?? *jawab sendiri la..sendiri tahu
sure status diupates every seconds minutes kan..

Macam-macam ragam yang boleh tengok kat FB..
Kadang boleh buat gembira dan tersenyum sampai ke pipi hihihi :)
kadang tu buat menyampah dan meluat..whateverlah

mood status:

Argghh.geram nya aku hari nie dengan boss. Apasal la suruh aku ambik overtime.

happy glak hr tok pat jumpa nya.

sakit hati tok.

aku tahu aku tabah aku akan teruskan hidupku.

kecewa ku .

Mood status memang selalu kita tengok. ada geram la,ada marah. macam2. Kadang2 syok kita baca bila kita komen nak bagi nasihat dan pendapat, kita kena balik. kalau tak nak orang komen atau takleh timak nasihat orang lain takyah post pa2 la kat status tu lebih2 lagi time tengah mood2 tak tentu. Silap hari bulan orang lain jadi mangsa lepas geram. macam2.

pengistiharaan status: 

buat semua sahabat aku, esok aku akan mengakhiri zaman bujang aku.yahoooo..

Aku nak graduated x lama gik.

3 bulan gik, aku akan pindah dari tempat tok.

Sy dah tukar num. Ini num baru sy 013987xxxxx.save a kawan semua.

baru habis makan. kenyang giler.

Pengisstiharaan nie ok sikit. kita dapat tahu perkembangan sahabat-sahabat yang lain. Tapi kalau tuka num fon takyah letak num tu kat FB la cik adik, abang, kakak, mak cik oi. bahaya. Nanti kena ganggu orang yang tak sopan dan santun kan susah juast berpada je kalau nak bg tahu perkembangan diri. 

cintan cintun status :

syg, esok jumpa k.

mwah.! mwah! syggg awak yeaaa.

miss her so much

syg kamu ketat-ketat.

love u.miss u. jangan curang tau.

Bab nie fuhh. takyah cakap la...kadang2 buat sesak perut tengok kat home semua status, diorang bsyg2 tak habis2. Kalau ada yang gni lam FB, alamatnya kena remove diorang nie kalau dah over sangat mena\galahkan orang yang dah berumah tangga. Perlu ka kita bg tahu 1 dunia yang dia tu milik kita? dan nanti bila clash 1 dunia juga yang tahu. tak malu ka? hm, hal2 peribadi takyah la tunjuk2 kat situ, orang lain pun ada gak tapi taklah sampai nak rak cam tuk. biarlah ala kadar.:)

sumpah seranah status:

xguna punya kawan samapai hati makan kawan sendiri.shittt!

kau ingat kau hebat la dapat mainkan perasaan orang. fine! 1 hari nanti baru kau tahu mana intan dan permata.

b***h punya orang itu pun tak tahu buat ka?

sumpah aku tak maafkan kau seumur hidup aku.

Yang nie kalau ada pergaduhan memang lebih kurang status cam nie diupadates insan2 dalam FB. Sumpah seranahnya kadang2 buat ngeri bila terbaca. Status cam nie mudah menarik perhatian orang then bermulalah tokok tambah dan sumpah menyumpah serta rasa tak puas hati. Yang paling best orang kena sumpah dan kena umpat tu. Apasal?? he he..Dapat pahala free. Senang je, kita sabar..jangan balas..bia je.

perasan status:

aku rasa aku makin kiut la.ha ha ha

gua dah dapat lesen lepas nie boleh gasak kereta .huuuu

awek aku baik cantik. koranga ada? tak da kan? 

first time aku rasa mamat tu syok kat aku, mana tak inbox penuh massage dia.aku suka.

yang nie ok la. tapi jangan la over sangat. biarlah berpada. tak siapa nak larang. Kadang kawan2 bagi nasihat lagi. Kalau yang dah dapat lesen contohnya,tak da kaitan ngan sapa2 a..kwn2 lain boleh doakan dia dapat beli kereta plak lepas nie. Kalau yang perasan tak habis tu, biasalah dah tak da kerja tu. he he.

menjurus keagamaan status :

Alhamdulilah.akhirnya segala urusana ku dipermudahkan.

Persoalanya,bagaimana kita melihat perkahwinan itu sendiri. Persediaan harus dibuat seawal semalam (ada gaya nak kahwin dah ni kah2)

Ya Allah, jika dia adalah jodohku, satukanlah hati kami apabila telah tiba masanya.amin.

Dunia akhir zaman, macam2 yang berlaku. Bertaubatlah sebelum terlambat semua.

Aku kesal dengan orang yang dah tahu hukum tapi buat2 tak tahu.Sabar je la aku melayan.

Yang nie best.kadang2 tu terkena kat batang hidung sendiri bila baca updates orang lain yang cam nie kat home FB. Membuat kita terfikir sejenak. Kadang apa yang diorang updates nie betul, cuma kita sendiri kadang-kadang ego mengalahkan tinggi pokok kelapa nak terima. Bukan apa, kerana kita merasa kita di zon selesa dan tak berani nak buat perubahan.


That all antara status kat FB. Semua status tu aku reka semata2 xda kaitan dengan sesapa,tapi lebih kurang macam yang orang selalu updates kat status yang aku tengok. :) Kat situ kita akan nampak suka duka benci sayang manusia tentang hidup nie. Aku jua tak terkecuali.






p/s: Aku jarang updates n bukak FB sebab aku punya alasan tersendiri :) Fb tu hanya tempat aku keep in touch ngn kawan2 + cegu2 + sedara + kazen + dan ngan sapa2 jela yang nak berkeep in touch ngan aku. :P





Friday, January 28, 2011

befdayrenn + jmpa azimahhhhh

salam.
alhamdulilah masih diberi peluang menjengah dunia hari nie.

Hari nie befdayy akuu :PP (tipuuu..tipuuuu.memang pun tipu..:P)
hari nie befday syazreen. genap 18 tahun hari nie.
Semoga panjang umur dalam mengingati Allah n rasul.
Hri nie teman dia keluar ngn kawan2 lain sempena befday dia.

dapat jumpa azieeeemah a.k.a mumut (bohh marahhh kmk jak pat nggah ktk gya)
Story-ing . walk-ing . eat-ing.. laugh-ing
then kongsi2 cerita selama 2 tahun x jumpa. al-maklum la.dia kan duk asrama penuh
selama nie...:) xhabis2 sakat dia..dia jadi modell hari nie..model kedayy..:)

then,
ena..:) dia sudah ada " soul" katanya..
moga semua baik2 k..

itu saja untuk hari nie..:)

p/s: 6 bulan lagi befdayya ku..:PP






Wednesday, January 26, 2011

Manfaat Dari Derita..


"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.
"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.
Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.
Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.
Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.
Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.
Ketiga,nya penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.
Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."
Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.
Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).
 sumber: i.luv.islam


p/s : buat peringat diri sendiri.

berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...