Showing posts with label sharing is caring ♥. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring ♥. Show all posts
Tuesday, July 10, 2012
Jodoh punya kisah
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Thursday, February 3, 2011
Sesiapa nak kahwin dan sewaktu dgn nya meh tgk sini..:)
Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
p/s : just sharing je..takde kena ngena ngan aku..:P

Wednesday, January 26, 2011
Manfaat Dari Derita..

"Benarkah penderitaan ada manfaatnya?", begitulah pertanyaan seorang sahabat kepada saya.
"Ya, jelas sekali banyak sekali manfaatnya disebalik sesuatu penderitaan," ringkas menjawab.
Saya kemudiannya cuba menjelaskan bahawa orang-orang yang hebat adalah mereka yang mampu mengharungi samudera lautan penderitaan biar pun kita tahu ianya dalam dan luas. Semakin menderita hidup seseorang maka semakin hebat cara hidupnya bagi mengatasi dan menghadapi penderitaan yang dialaminya. Asal kita tahu bagaimana mengelola penderitaan menjadi keindahan, kebahagiaan dan kesihatan dalam hidup kita.
Pertamanya, pengalaman menderita dalam hidup kita sebenarnya mengajarkan kita kepada limpahan kasih sayang Allah SWT agar kita semakin dekat dan taat kepada-Nya, dengan demikian limpahan kasih sayang Allah akan memenuhi hati kita dan hati kita akan memancarkan kasih sayang-Nya untuk semua orang yang disekeliling kita. Allah menimpakan kita dengan ujian dan penderitaan kerana Dia sayang akan hamba-Nya, agar diperingatkan pada kita bahawa Allah-lah tempat mengadu.
Pernahkah kita fikir, jika kita tidak ditimpakan ujian, bagaimana rasanya keadaan kita pada ketika ini? Mungkin leka dengan dunia dan mungkin juga lupa akan pengaduan kita pada-Nya. Ujian adalah peringatan buat diri yang bergelar hamba. Dengan dikurniakan dugaan dan penderitaan, kita mungkin akan terlatih untuk menjadi lebih sabar dan bijak dalam menghadapi kehidupan.
Keduanya, penderitaan yang kita rasakan, akan menjadikan kebahagiaan kita menjadi lebih sempurna. Mungkin akan timbul persoalan dikalangan sahabat sekalian, bagaimana mungkin kebahagian boleh menjadi lebih sempurna? Kebahagiaan yang sejati pada dasarnya adalah mengalami kegembiraan dan penderitaan secara seimbang. Sunnatullah kewujudan kita di muka bumi ini akan diuji dengan kesenangan mahupun kesusahan.
Bagaimana pula ujian kesenangan? Sebagai contoh, seorang kaya yang mana hidupnya dikelilingi harta, ujiannya ialah sentiasa merasakan tidak cukup dengan hartanya ataupun mungkin merasa hidupnya sentiasa tidak selamat kerana takut dirompak atau dicuri hartanya. Itulah realiti yang sememang perlu kita akui. Keseimbangan ini akan mampu menjadikan hidup kita menjadi lebih dinamik, sentiasa bersedia dan bersyukur ketika semuanya datang silih berganti antara bahagia dan derita.
Ketiga,nya penderitaan yang dialami kita akan membuatkan kita semakin peka terhadap penderitaan orang lain. Kita secara tidak langsung akan memiliki sifat simpati dan kasih serta menghormati orang lain sebagai hamba Allah yang sama-sama dimuliakan. Malahan sifat pentingkan diri juga akan dapat kita singkirkan jauh dari diri kita. Kita tidak akan berani menghina, melecehkan, atau mencemuh orang lain kerana kita merasakan betapa pahitnya sebuah penderitaan. Seterusnya akan melahirkan insan yang bersifat dengan sifat syukur dengan apa yang ada, tidak tamak, melebihkan orang lain dan sebagainya lagi. Setiap ujian atau penderitaan akan mematangkan kita tiap kali ia menjelma kerana kita akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.Teringat suatu ungkapan yang pernah di sebut oleh Albert Ainstien, "seratus masalah , tak bererti seratus kali gagal, tetapi ianya akan menghasilkan seratus penyelesaian kepada seratus masalah."
Keempat, ketika hati kita remuk redam, ingin menangis menangislah sesungguhnya apa yang kita rasakan sakitnya, dengan menangis merupakan salah satu cara untuk membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.
Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).
sumber: i.luv.islamp/s : buat peringat diri sendiri.
Saturday, December 25, 2010
Kahwin dengan anjing??
Salam.
perkahwinan hubuangan antara lelaki dan perempuan itu normal
tapi kalu perkahwinan sama sejenis itu abnormal
tapi beb,
kalau perkahwinan dengan haiwan itu apa? Itu gila!
Realitinya itulah yang terjadi, tak percaya?
Emly Mabou,29,pada 2009
Setelah sekian lama nya mencari pasangan hidup yang sesempurna bapanya telah mengambil keputusan untuk mengahwini anjing peliharaan nya sendiri. Dengan alasan anjing tak kan pernah curang, coz akan sentiasa mendampingan dia. mengucap panjang aku. Dunia akhir zaman nie hmm. Boleh rujuk kat sini. untuk artikel selanjutnya dan offer kawen ngn kucing peliharaan di sini.
p/s: minta kita dijauhkan.
Wednesday, December 22, 2010
Bidadari Besi Kita
salam.entry kali nie pelik ckit bunyi. Tak pa, itu tak penting,yang penting isi yang aku nak sampaikan nie.)
Wanita terkuat di dunia adalah Fatimah Az-zahra Binti Muhammad s.a.w.
Iye ke? Buktinya?
1) Dalam perit menahan pemulauan kepada keluarga, Fatimah berjuang menerima kenyataan ibunya telah tiada dalam usianya yang masih muda. Datuk saudara yang turut bersama juga pergi dimamah usia. Demi ayah, Fatimah takkan menyerah. Walau kecil, Fatimah akan sentiasa tampil.
2) Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) gelaran Fatimah yang utama, tanda hebat seorang anak yang sentiasa menjaga ayah tercinta.. Ibu yang pergi, Fatimah lah yang mengganti. Bila ayah sedih, Fatimah hiburkan hati. Bila ayah kerja, Fatimah uruskan rumah yang ada. Bila ayah bahagia, Fatimah juga berlapang dada.
3) Walaupun Fatimah bongsu, kakak dan abang semuanya pergi dahulu bertemu Tuhan yang satu. Tinggal Fatimah seorang diri menemani ayahnya di dunia ini. Tapi hanya kerana Fatimah, waris si ayah kekal wujud sehingga kini. Walau dulu pernah diperli, janji Allah tak pernah mati.
4) Semenjak kecil penderitaan ayah di saksi menahan siksa kafir quraisy tak berhenti. Najis dilempar Fatimah buangkan. Pasir di baling Fatimah bersihkan. Luka di pukul Fatimah ubatkan..Ayah tak pernah ditinggal sendiri, Fatimah pasti ada di sisi.
5) Menjadi puteri Rasulullah bukan bermakna menjadi puteri raja. Sedekah bukan miliknya. Hal ummat menjadi prioriti utama. Semua tetamu dirai walau rumahnya tiada berisi. Kurang makanan dan kurang harta peribadi. Segan meminta pada ayah, sanggup Fatimah berdiam menahan segala mehnah walau calar tangan dan berbekas di badan.
6) Sewaktu hijrah, Fatimah cekal menyerah diri dan hati pada illahi walau risaukan ayah yang pergi sendiri bersama sahabat sejati. Biar ditinggalkan seketika, Fatimah yakin di Madinah kelak mereka akan kembali bersua. Hanya kepada Allah segala perkara diserahkan untuk dijaga.
7) Suami Fatimah bukan hartawan di dunia malahan Ali antara pemuda termiskin semasa zaman mereka. Walau hidupnya susah walau selepas bersuami, Fatimah tak pernah mengeluh dan menyesal sendiri kerana tahap hebatnya iman dan peribadi Ali teramat tinggi hingga satu-satunya dipilih menjadi menantu nabi,suami kepada penghulu wanita di syurga nanti.
8) Patuhnya Fatimah pada suami jelas tertera saat pertama kali Ali terguris hati. Kerana risau tidak diampun suami, maaf diulang berjuta kali. Malah ditawafnya Ali 70 kali semata mahu mendamba keampunan suami. Tabah sungguh hati isteri sehingga Ali kembali senang hati.
9) Di Perang Khandak, Fatimah antara tenaga wanita yang menyediakan makanan buat wira-wira penggali strategi. Di Perang Uhud, Fatimah jua yang turun sendiri merawat luka ayahanda yang cedera di medan bakti. Di mana ada Rasulullah, di situ pasti ada Fatimah.
10) Saat ayahnya hampir wafat, Fatimah tetap berdiri kuat Hatinya bercampur sedih dan bahagia. Pertama kerana ayah tercinta bakal pergi . Kedua kerana Fatimah bakal terawal menyusul nanti...
Kata ibu tirinya (Aishah r.a):
"Saya tidak pernah berjumpa dengan susuk peribadi yang lebih besar daripada Fatima, kecuali keperibadian ayahnya."
Kata ayahnya pula (Rasulullah s.a.w):
"Sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku"
p/s: semoga diriku setabahnya.:)

Tuesday, December 21, 2010
Kita sebenarnya...
Pernah tak tengok baby? Bayi la, anak- anak kecil yang masih kecil. Bila diorang bangun tidur gerenti menangis kan? Nak kan sesuatu. Kalau tak susu, nak mak dia, kalau tak pun nak barang mainan dia.
Apa yang aku hendak story hari nie ialah perangai bayi ni sebenarnya ..kalau kita fikir-fikir..ADA PADA KITA ORANG DEWASA. hehe. Walaupun pelik je bunyi tapi sebenarnya kita tak dapat nafikan. Taklah bermaksud mengatakan kita semua ni bangun dari tidur sambil menangis. Sebenarnya aku maksudkan, kita nie selalu mahukan sesuatu yang kita tidak ada. Sama cam bayi tu tadi, asyik nagis cari pa yang dia nak
Sedar atau tidak kita nie sebenarnya tidak gembira dengan apa yang kita da. Apabila kita melihat orang pandai, kita rasa rendah diri coz tak sepandai dia. Bila tengok orang da kereta mewah kita rasa nak tukar je kereta kita. Tengok orang bahagia da keluarga yang kaya raya dan hidup berpangkat. Bila tengok orang makan restaurant mewah kita pun rasa nak juga nikmati makanan tu.
Tapi.... pernahkan kita berfikir, mungkin orang yang ada kereta mewah itu ,bila kereta dia rosak kos dia nak baiki kereta tu cecah beratus kadang beribu. Jangan ingat orang yang bawa kereta mewah itu senang je hidup dia, kita tak tahu kan cam ne keadaa dia. Sedangkan kita yang berkereta biasa2 nie kalau kereta rosak taklah cecah beribu nak repairkan. Jangan kita rasa rendah diri bila tengok orang ada keluarga yang mewah dan berpangkat2. Kita tak tahu, mungkin disebalik yang kita lihat itu hidup dia kosong beb. Hidup rasa diawasi je tak bebas nak buat apa. Tapi kita walaupun hidup sederhana kita gembira jadi orang biasa.kan kan..:)
Manusia memang cam tu kan. Resah gelisah bila belum dapat apadia nak. Sedih kerana apa yang dia nak masih tak dapat lagi. Tapi adakah bila kita dapat apa yang kita nak kita kan bahagia? Selalunya bila kita dah dapat apa yang kita nak,kita rasa masih juga tak bahagia. Kenapa yea? Pernah fikir tak? Itu mungkin belum lagi terbaik dalam hidup kita sebab tu la kita tak happy.
Tengok bayi tu cumil2.:)
Marilah kita mengundi saya.heheh.main2 pula. So jangan bersedih atau bersusah hati. Kita boleh dapat apa yang nak kalau kena dengan caranya. Syukurlah dengan apa yang kita da.
p/s: Tuai padi antara masak esok jangan rindu-rinduan..*apa yang kita ada itulah yang terbaikk sebenarnya:)
Thursday, December 16, 2010
Pemadan dan Pensel
Pensil : Maafkan aku, kawan.
Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.
Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.
Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!
Maaf, kawan.
Dengan cara apa hidup kita akan termaknai?
Pensil : Kawan, aku sayang kamu! 
Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan termaknai?
Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.
Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?
sahabat +teman+kawan dikurniakan Allah untuk mewarnai hidup kita :)
Dia akan menghantar seseorang dalam hidup kita dengan peranan mereka masing2.apabila peranan mereka telah selesai sedar atau tidak mereka kan pergi dari hidup kita.:) Namun teman yang sejati akan tetap ada dihati sampai mati.
jue: Beberapa hari nie kecoh sal isu persahabatan. nak tahu search sendiri la.tak baik bukaaib orang. kita senyap2,hidup baik2 je,tak ganggu orang.:) Hargai sahabat anda :)
Buat sahabat ku farrah,ena,eqahh,jannah,azizi,ekin,yasmin,eyfa,nono,AF,tikah,ashh..dan dll yang tak dapat ditulis disini sayang kitakorang suma♥
Saturday, December 11, 2010
Mengalah bukan bererti kalahhh
"Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan ituadalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatandibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan
Monday, December 6, 2010
Doa akhiir tahun dan awal tahun
Salam. hari ni last day tahun 1431H.
Masa yang berlalu terlalu cepat tahun dah sampai penghujungnya
Meh kita sama-sama reflek apa yang kita dah buat
dan lakukan dalam 1 tahun ni
4 sure banyak perkara yang pahit + manis
yang kita lalui.smaada kita suka ataupun tidak.
mari sma2 setkan target tahun baru kita dan jagn lupa baca
akhir tahun dan awal tahun
Doa akhir tahun baca lepas asar.
Doa awak tahun baca lepas masuk azan maghrib.
Subscribe to:
Posts (Atom)