Jodoh punya kisah
Salam. dah lama menghilang baru muncul huhu :) now come, i want to share somthing :)
Firman
Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh
adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka
untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia
cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama
dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan
fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai
kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak
hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah
ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta
cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun
kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia
sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat,
maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin
bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.
Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira
dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang
sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan
rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam,
ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam
yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia
juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa
kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan
perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi
milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting
bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak
daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan
membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.
Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban
yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu
kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang
berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul
dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu
lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita
selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang,
kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi
membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling
penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya
bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa
memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting
kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun
berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang
surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",
inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan
kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku
dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita
memiliki kelemahan dan keburukan
tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak
terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya
kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila
kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing,
memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan
masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama
lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah
pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Ada kalanya,
dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi
atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita
melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia
dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan
kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s : just buat yang terbaik dalam perhubungan dan doa.:)
No comments:
Post a Comment