Friday, February 24, 2012

cerita meng'updates' diri...

CAKKKK!!! tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nie teman mengarut + sengal = cik otomen kununn
 nama dia NADIA ...

salam semua :) hihihihihihih <-------sambil tersengih2 depan pc..:P
hari nie, aku aku sempat pula 'mengupdateskan' diri kat laman muka buku.
sebelum memulakan kerja.. he he
actually aku g privatekan smula pic2 aku yang ada
kalau ada pic aku segan lahhhh he he he
entah la. aku memang jarang letak pic dalam fb
salah satunya, untuk keselamatan juakk..
dan yang sebenar..benarnya kalau nak tahu..
pic aku bukan untuk tatapan . . .
sebab tu laa aku publish pic kejap2 je kat fb.
kat blog tak ramai orang tahu jadi aku lebih selesa di sini :)
*pic aku hanya untuk tatapan insan tsygggg :)

bagi aku kat fb 'macam' tak de privacy jee.
for me.orang tak perlu tahu apa yang kita adaaaa
cuma sesetengah hal je org lain perlu tahu..

Hari nie hari jumaat hari yang orang leh katakan
last dayy untuk kerja laa dalam minggu nie he he
sukanya esok cuti sudahhhhhhhhhh :)
bahagianya dalam hati. tapi esok aku ada sukaneka
maklumlah aku nie antara atlet yang 
diimport ke pelawanan sukaneka esok 
(abaikan yang di atas.he he. mood mengarut sedang 
mnnguasaikuu saat nie hik hik hik)


p/s : percaya tak.aku actually dah lama aku bawa baju nie cuma tak pernah guna je. dah masuk sem 3 nie baru aku guna.rinduu pula aku nak berkebayaaaa..so aku pilih baju nie laahhh. yang bestnya lagi, nape aku tak guna kain dye.. kan.. sebab kain baju kebaya nie tinggal kat sarawak.<----lol.hik hik.. terukk betul aku niee..

Thursday, February 23, 2012

tak sukaaaa formal..

salam semua :) actually hari nie aku rasa malas ckit nak kerjaaa.
Tak tahu lah nape..mungkin dah terlalu letih kot.
Lagi satu aku actually kadang2 aku rimas berpakaian formal. 
Formal n berprotokol. 2 benda yang aku cukup cukup tak suka sebenarnya.
Namun apakan daya bila tuntuan kerja menghendaki begitu aku terpaksa ikut je la.
Itukan untuk masa depan juga < ---- poyo je ayat aku. he he 

Tahu tak sesekali aku nak je guna tshirt biasa je g kolej.
gaya kasual, gaya sporty, gaya yang biasa2 je.
aku letih ngan formal actually. sies.
Tapi, bila berpakaian formal sebenarnya nampak berkeyakinan.
actually aku tak suka formal.x suka ,x sukaa huhuhu

aku suka pakaian yang simple tak nampak formal  but looks smart n cute.
sedap je mata memandang, sejuk hati tengok
tak suka crowded sangat..just simple n kemas.
itu yang penting. simple n kemas :) 
cantik tu soal no. 2. kalau pakaian je cantik tapi tak kemas fuhhh tak guna juga beb
kecantikan itu lahir dari dalam :) yang penting dalaman kita bukan luaran yang jadi ukuran :)


   nie gaya pakaian aku keja dhujung minggu :)
alangkah indahnya kalau hidup nie tak ada yang bernama formal

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku dah terbiasa sangat guna pakaian formal
akhirnya, ada satu ketika tu bila aku keluar outing with my housemate
aku rasa cukup janggal.:/ mereka tengok aku pun janggal
sebabnya aku guna seluar jeans waktu tu.
setelah sekian lamanya aku tak memakai seluar jeans hik hik.
pelik.pelik. sebab tu lah aku tak suka formal
inilah akibatnya he he he he he
tapi sies aku memang lama tak mengayakan pakaian kasual aku
kalau aku keluar outing je aku berpakaian unformal a.k.a kasual :)

hidup nie pilihan beb, terpulang pada kita nak pilih yang mana.
mama selalu pesan orang akan nilai kita pada pandanagn pertama
jadi jaga diri hiasi peribadimu
kerana dirimu begitu berharga..



boleh tak posing ikut suke hik hik hik :

 p/s: aku rindu dan teringin guna baju biasa je g kolej.

kenapa kita perlu maafkan orang yang pernah sakitkan hati kita..)

Kenapa kita perlu memaafkan?
Supaya kita senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.
Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira 
adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.
Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan 
 kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan
 timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.
Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.

Kita akan mudah naik marah, mudah merasa benci, 
cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali kita tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik 
hitam tumbuh membiak dlaam hati kita

Jika  nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira,
 susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati kita.
Kita tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada kita.
Kita tidak maafkan orang yang marahkan kita.
Kita tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata kita.
kita tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.
Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.
Hati kita jadi semakin hitam, semakin gelap.
Hati orang pemaaf di sinari cahaya.

Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa 
bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah kita merasa sentiasa bertenaga.
Kita akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat kita merasa sakit hati.
Maafkan orang yang kita tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina kita, merendah-rendahkan kita, mempersendakan kita
Sikap sebegini kita membuat kitamaju ke depan.

Lawan api dengan api, kita akan musnah.
Dua-dua musnah.
Bila lawan api dengan air, kita akan dapat musnahkan api 
lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.

 buat muka suci ..hehe.<-----abaikan aku mengarut je

p/s : aku mudah memaafkan orang sies . :) kadang aku memamg gaduh kaw2 ngan orang* rasa gangter pula he he. orang kata, kalau orang baling batu kta kita, kita baling orang tu ngan kapas balik. tak perlu kita pun nka sama jahat ngan dia gak. Biar orang buat kat kita asal bukan kita buat kat orang . Aku nie tak lah baik sangat, tapi selagi boleh sabar aku sabar, kita ada tuhan untuk membalas semua perbuatan jahat yang dia  buta kat kita kan.

50 Fakta Tentang Lelaki ♥♥♥♥

 salam umat duniaaaaa.:)
sekadar perkongsian


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

p/s : semua fakta nie tak wajib betul harus salah k..:)

Wednesday, February 22, 2012

k.e.n.a.p.a perlu ada benci?

Seramai mana pun yang suka kita, pasti ramai juga yang tidak suka. 
Seramai mana pun yang membenci kita, pasti ada yang tetap suka. 
Yang suka tidak selamanya akan suka kita, 
yang membenci tidak selamanya membenci kita

jadi diri sendiri , tak perlu ikut apa orang kata
kita tak kan mati dengar kata nista orang lain dalam hidup ini




Senyuman ku tak akan
Pernah luntur lagi
Tak peduli ku di buli
 Omongan lu gua beli
Cacian lu gua cuci
Dengan senyuman prestasi
kita tengok saja nanti 
Semangat ku tak akan
Pernah patah lagi


entah apa dalam diri ini yang kadang manusia tak puas hati
kadang orang kata aku beruntung
but.do you apa yang aku harus lalui sebelum
sampai ketahap ni??

p/s :ada satu ketika tu aku stress sangat keluarga tersayang jauh di mata kekasih tercinta sangat la bz
last2. kat Allah juga aku semburkan air mata ini...


Monday, February 20, 2012

hai duniaaa

salam and gud morningg duniaaa :)
hari nie hari isnin so??
 so hari yang semua umat manusia mula bekerjaa

kita umpama robot lau tak de tujuan yang jelas dalam hidup nie

untuk apa kita bekerja??
cari duit buat beli pakaian baru, untuk 
beli makanan, untuk shopping, untuk bayar tol,
untuk bayar sewa rumah ????
then dimana kesudahan nya nanti??
banyak persoalan yang bermain diminda(lagu najwa natif

bekerja itu tak salah tapi jangan sesekali lupa
tujuan asal kita hidup di dunia nie
sudah tertunai ke hak ibu ayah dikmpung?
hak sahabat handai kita?
hak adik beradik kita?
hak saudara mara kita?
hak insan yang tersayang dalam hidup kita?
hak kita untuk diri sendiri?
dan hak kita pada yang Esa??

sungguh banyak hak2 yang mungkin kita terlepas pandang
selama ini.  contohnya.. aku sungguh laaaa lama tidak
menunaikan hak bertanya khabar pada sahabat yang jauh
entah pada khabar ke mereka di sana?? 
masih ada ke ruang lagi untuk bertemu seperti duluu??
sekarang semua bz ngan life masing2..:)
tepuk dada tanya iman,
kita punya jawapanya dalam diri kita sendiri.



 nie pic time raya :) tak semua da.ena xda kat ..huhuhu



 kenangan di hari lebaran  bsama
 
 termenung di sudut jauhhhhhhh...mengenangkan nasib kita 
*ikut melodi lagu kumpulan hujan


 rinduu nya saat persekolahan.

time skrng rinduu nak skewl balikk.
time skewl dulu suka buat hal
kitorang tak jahat tau cuma nakal.
suka bawa kepala sendiri

tapi kitorang tetap study :)

p/s : rinduu kat sahabat handai ..
 
 

 



Friday, February 17, 2012

habis madu sepah dibuang

Habis madu sepah dibuang.

Cukup dengan 4 perkataan ini orang boleh mentafsirkan berbagai2 spekulasi.. 
dan prasangka yang mengigit jiwa setiap insan. 
Actually aku geram ngan seorang hamba Allah nie.
(tak perlu lah tahu sapa, tak baik aibkan orang beb) 

Umpama janji2 manis yang ditaburkan di atas 
jalan - sudah janji tapi habuk pun tiada. 
Yang ada cuma janji yang dibuang bersepah sana-sini. Huhuhu. 
Lau tak dapat jangan janji apa2 bagi harapan setinggi gunung ledang 
ngan orang tak baikk tauu. 
 
Sakit sudahh hati ini..tapi tak palah kalau tak sakit hati bukan hidup namanya. 
Bukan Cuma sakit hati jew yang kita rasa dalam hidup nie, 
bermacam yang kita rasa kan,
 geram.marah.sedih.gembira.kecewa.merana, 
semua tu kita kan rasai selagi namanya hidup.

Jangan buat kat orang k. habis madu sepah dibuang.. tak pe, hari ni awak buat kat orang . 1 day orang akan buat kat awak juga, putaran hidupkan umpama roda..



p/s : moral of the story jangan berjanji manis mengalahkan gula-gula n jagan mudah terpedaya ngan luaran..entry habis madu sepah dibuang kat blog nie n kat facebook akuu tiada berkaitan cinta langsung. ini soal kehidupan yang kadang kala very unfair..

Thursday, January 19, 2012

Kadang diam itu perlu



Kadang kala diam itu perlu
kata-kata yang tida membawa pengertian
Setiap kata-kata yang terluah kadang membawa maksud yang pelbagai pada yang mahi mendengar
Tiada guna nya bertengkar dan masing-masing cuba bermegah untuk mempertahankan pendapat masing
diam perlupada satu pihak untuk menunjukkan ada tolak ansur salah seorang darinya

 dan ku khuatiri bila ada kata-kata itu bisa mencemarkan hubungan antara aku dan kamu, kerana itu ku kunci saja biar tiada langsung kamu dengari luahan daripada kuu...

Banyak bicara kadang menunjukkan kebodohan diri 

kerana setiap kata itu memperlihatkan peribadi seseorang
jadi lebih baik diam seribu erti dari berkata yang sia-sia
diam itu bukan membawa erti kalah
tetapi membiarakan sesuatu itu membawa pengertiananya tersendiri


bukan kerana aku taku akan kebenaran,cuma jika aku berbicara, takut hatimun akan kecewa kerana kadang diam itu menyelamatkan keadaaan.

sebenarnya diam itu memberi kemenangan dalam diam

p/s : diam saia untuk mbri ruang pada diri masing2. . :) kan sygg kann :P



Friday, October 14, 2011

mencari kesempurnaan :X

"Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tak sempurna. Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tak pernah jujur. Kita tak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita cukup sempurna bila bersamanya..

p/s: :)

Wednesday, October 5, 2011

ok la itu..apa yang ok nya??? hahhhh?? a'ahh

ok la itu..apa yang ok nya??? hahhhh?? a'ahh
arggghhhh hhhhhhhhhhhhh*ikut sound zombi dalam game
fuhhhh. aisehhhhh meh sini aku nak mengepak

hu hu hampir tiap2 kali aku updates blog
beraneka mode yang aku sajikan

argghhhhhh.
serabut + tak tentu + serabai + blurrr
itulah yang aku rasa.
hidup aku hari nie rasa serabut sangat nak mnguntumkan
senyuman pun aku terpaksa jewwww.eeuuuu.
aaaghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
x alah2 aku terais jak ctok lak..

geram da jak aty. saba jak lah.
 mn dpdh kcik aty lak..
hatinya jak la tauk dijaga aty kta tok
xda sapa nak jaga.. auk jak la kohh
ktk jak menang.

bohh nangga kmk diam aluuu nak
ninjak palak bahhhhh..
inagt kmk tok pa ka..
aieeee gerammm da jak saaaa

xalah2 tok..xalah ya..
ingt i robot ka???
 u, u ingat u punya hal jew..
anggap u jew betul. .a'aaahhh??
ye la u je betul .betul sangat!!!
PERFGECT!
hal orang lain u tolak tepi, hati orang lain
u bia je terasa.
yang u tauk u punya hal je. ok fine
eeeeeuuuwwwwwww!!!

ok hari ni aku nak marah so??
hal aku juga lahh nie blog aku
ee geram nya akuuuu.
kadang nak gila juak rasa.
xtentu idup dipolah daktokkkkkk....
 juuuu !! saaaaaaabbbbaarr!!


yehaaaaa

yehaaaaaaa!!!!!!!
azab final exam dah habisss sudahhhh
kini tiba pula menanti result-ing keluar. hu hu
 tak rasa dah 1 semester aku kat sini kan.. kan.. 
sem 2 ni nanti pula hanya ada 7 minggu short sem.
fuhh kena pull-up nanti.. dush..dush..dush..

Sunday, September 18, 2011

housemate + my soul mate he he

mata kian sepet.
menunggu masa me'landing'kan diri
merehatkan minda yang tlah lama beroperasi
waktu tidur kian tak menentu pengaruh isomnia yang melampau hisshh
makanya aku gagahkan diri untuk menconteng kat blog aku  he he :D

hari nie ake spend masa ngn housemate aku yang tercinta. ha ha
mana tak nya diorang asyik membebel je kate
aku jarang kat umah asyik keje jew aku..
balik umah g kolej then tdo..zZzzzz..
so ujung minggu jew da masa terluang.
minggu exam nie kira ok gak coz aku tak keja.
so study la sama2. he he.
alalalalalalalalalalallalalala.
apa pun tengs aaa buat korang2. he he
yang selalu buat aku sampai nak 
pecah anak tekak ketawa
usus perut bebelit2 dengan macam2 pe'el he he
pa pun korang housemate tebaekk yang aku penah ada
to ika, sena, ekin, ida, ndia, lyn, nadzerah, atyn n ika
syggg korng..

n sepesel to my sama bilikkk
tika + sena + ekin + ida
sayanggggg koranggg muah muah
ha ha ha ha hi hi hi hik hik hik

menjalani hidup nie kadang2 terlepas byk perkara
yang kita nak dalam hidup.
kadang-kadang tuntutan hidup datang serentak mdesak
kita terpaksa berkorban untuk membuat pilihan
cian nye sapa yang jadi my 'soul mate'
kdng2 sma2 bz dengan hal masing-masing
mun xada persefahaman
nang xtau la nak madah gney  tewk kohhh
sama2 jaga drik jak..sendiri mau ingat laa *ngepak
sbb tu la cari soulmate kena y boleh memahami
saling percya + berfikiran positif
(uhuk, jiwang plak akuuuu :P )
tapi betul la, dalam hidup nie kite kena
cari orang yang boleh faham kite & 
dalam masa yang sma gak kita kena faham dia 
cam ne kita nak dia faham kita
baruuu la adil dan saksama hhu huhu
(sebenarnya aku tgh berbicar tntang sape erk?? opppss)
biarlah rahsia. :) 


ok la sekian dulu :)

p/s : kepada my soul mate huhu.imy







Kalau jumpe kekasih 5 kali sehari ok tak?

salam.jum melayari perkongsian nie.

Hmmm..sebelum korang buat spekulasi yang bukan2 terhadap entry  ni…ape kate korang bace isi entry aku ni dulu. macam…kalo tak kenal maka tak cinta  ?ok…al kisahnyer cenggini…

Perempuan A: aku jumpe pakwe aku sebulan sekali..hebat tak?dia takleh la kalo tak jumpe aku rindu memanjng…naik rimas plak aku

Perempuan B: aku plak aku rase pakwe aku lagi sayang aku kowt…kalo boleh…setiap minggu nak jumpe aku tau..kalo jumpe tu of kos la..ader pegang2 sikit…biasela…rindu~~~~~

Perempuan C: hum…tak cukup hebat lagi…aku plak!!!hari2..jumpe tau!!

Perempuan D : perempuan D dah diam..dan hanyer tersenyum..kalo aku cakap masti korg tak cayer..aku jumpe pakwe aku 5 kali sehari tau..ni mmg wajib…mesti kowg tak leh lawan aku punyerlah.

Perempuan A,B,C dah terdiam….tapi still gelak2..otak kuning la tu huh….

Perempuan D:hmm…kalo tak cukup lagi…pagi pon aku jumpe..so dah jadi 6 kali sehari…kekasih aku ni..tak pegang aku..sebab dia nak jaga aku…kekasih aku ni.. ….aku jumpe time subuh,zuhur,asar,magrib ngan isyak..best tak???insyaAllah..kalo jumpe dia slalu mesti dia akan bg kekasih yang better untuk aku. Wallahualam

p/s:agak2 berapa ramai yang jumpe kekasih dia 5 kali sehari??kalo jumpe pakwe makwe….sampai tak cukup hari toi tak??muhasabaha jummmm…usia tak tunggu kita 

Friday, September 16, 2011

ha ha hu hu hik hik

Salam.
emmmm. penatttt sgttt hari nie
xtually aku xda mood sgt hari nie xtau la nape
nak kata tension.lebih kurang laaaaaa
tapi orang yang tension xkan ckp dia tension.
jadi kes aku nie nie tak tension laaa?? ha ha
lebihh kurang tambah ckit bgituuu laaaa..huhuhu

ok la mehh sini aku luahan apa ynag terbuku di hati ini.
sebenarnya,aku betul2 xdaa mood sgt hari ini.

aku bukan tak pandai share maslah tapi bagi aku tak semua perkara kita
harus share kan kadang luaran tu je yang happy semacam dan gelak-gelak..
tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu
aku ada share juga kat insan2 tertentu dalam hidup aku. n insan y aku percya.
aku memang agak rapat ngn semua kawan2..tapi hanya yang betul2 rapat je aku share masalah aku.
kadang aku tak share pun kat sapa2. bukan lah aku nie jenis yang pemendam perasaan tapi entah lah
mungkin kena dengan nama yang aku selalu guna tu

Jueeinsyirah

juu maksud dia yang memiliki

insyirah yang melapangkan hati

jadi apa2 jew yang datang dalam hidup aku aku terima dgn lapang hati :)
mgkin memang sikpa aku dah cam tu.masalah aku hanya insan tersyg dan org tertentu je tahu

rasanya aku letihh kot hari ni
then ditambah dengan beberapa perkara yang muncul dala hidup hari ini
mahunya tak terkedu akuuuu melalui hidup hari ini

namun, aku bersyukur hingga ke saat ini aku msh lagi hidup.
aku rinduuu kan seseorangggg hu hu hu hu 
ok la sekian sahaja duluuuuuu


p/s : mood rnduuuuuuuuuuuuuu

Saturday, August 20, 2011

mode trun naik.

dushh dushh
salam 
alahamdulilah ada juga kesempatan lagi untuk mengupdates blog nie.
sejak 2 3 4 mejak nia aku bz ngn life aku
kadanga aku sendiri pun tak tahu pa yang d bzkan..
perasaan bercmpur skrg nie. ishhhh.
cool..

Tuesday, July 12, 2011

Luaran itu tidak menggambarkan apa-apa

Salam.:)
Alhamdulilah baru saat dan ketika ini aku dapat mengupdates blog nie. bukan apa aku mlsss dan tuntutan hidup yang mendesak membuatkan aku jrang meluakan masa kat blog sekarang nie.

sekarang nie aku tgh smbung sambung study dalam security managemant.kat petaling jaya.
kehidupan kat sini sungguh banyak la sgt mengajar aku apa itu hidup.
kat sini lau tak pandai kawal dan bawa diri insya-Allah akan hanyut.
syukur juga kat Allah yanga ku masih ada kakak2 sedara kat sini.
so hujung2 minggu ley la aku g rumah mereka sbgai penggnti ayah dan ibu kat sarawak.

Aku rasa kan. banyak sangt miss communication kat sini.
tapi tak pe. pelan2 aku pun masih tgh sesuaikan dri nie.

Ada kawan tanya semalam nape aku tak cakap yang aku baru kehilangan datuk aku.
then aku explen la baik2 kat dia.
kadang-kadang tak semua perkara kita leh share kat orang kan.
munkin orang kat luar sana tengok aku happy dan ok je. tapi dalam hati tak siapa yang tahu.
minggu lepas aku kehilanagn 2 orang ahli keluarga. pertama kazen aku kena langgar lari kereta
 umur dia masih muda rasa baya aku je tapi tu la ajal maut di tangan tuhan.
selang 1 hari aku dapat tahu datuk aku sakit tenat
2 hari kemudian aku dapat tahu datuk aku dah pergi buat selamanya.
sedih memang tak terkata saat tu.
aku dapat panggilan dari adik aku kat sarawak time aku tengah keja.
air mata takyah cakap time tu keyboard basah kena air mata aku.
masa tu emosi memang tak stabil.
aku bertekad nak balik petang tu juga flight g sarawak.
tapi papa halang aku pergi dia takut aku tak dapat kawal rasa sedih aku dan bimbang takut terjadi apa2 kat aku dalam perjalanan.

sebak.
tu je yang aku ley ungkapakan.
masa mak call dari sarawak.mak cakap aku satu2nya cucu datuk yang tak da.
lagi sebak aku satu2 nya cucu perempuan dia yang ada yang masih bujang.
yang lain dah ada komitmen dan berumah tangga serta kerja.

entah dari mana aku dapat kekuatan untuk berlagak biasa je hari tu
padahal dalam hati aku cukup sebak dan sedihhhhhhh.
sekrang aku tgh stabil kan emosi dah tgh flu nie. sabar je la.
dugaan hidup. . kalau tak diduga bukann hidup namanya. :)



s.e.n.y.u.m
hanya yang memahami je mampu mentafsir apa
erti disebalik setiap senyuman

yang pergi tetap pergi.
satu saat nanti aku juga akan pergi.
semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

* aku syg family aku.dan dia.:)


Saturday, April 23, 2011

cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik.

cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik

Salam. updates2 blog jak terus status ya .naik..

dah la agak lama tak updates blog nie..huu..
cian dierr.tak pee.

terlalu banyak yang aku nak share n cerita.p biarlah 1 persatu kan.
tapi bukan pagi nie..aku ngntukk..

p/S: idup ku..dunia ku..

Tuesday, March 22, 2011

SPM KELUAR ESOK

 semua nebes memikirkan result.tapi aku nebes memikirkan tak dapat beraya bersama keluarga tahun nie..
siesly.bukan aku tak kisah dengan result aku esok.tapi aku dah da matlamat yang aku nak target..

upu
makatab
matrik
u swasta

aku dah mohon. dah isi semua kecuali upu..tggu result dah keluar baru aku isi. tapi siesly aku tak da keiginan nak sambung study kat yang di atas tu. aku isi hanya menunaikan amanah mama dan papa.:) tak leh la nak jadi anak derhaka kan diorang suruh mohon so aku mohon. amanah tu. so kena tunaikan.

walaupun u yang aku nak pergi tu takda dalam list aku kat atas. tapi aku dah g briefing pasal kemasukan U tu awal Julai nie. 

Aku tak nak cita banyak2.he he. biarlah rahsia dulu.coz aku pun masih tengah istiqarah dalam membuat pilihan nie..

Esokk. reult SPM keluar. semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang bersama sahabat yang lain. amin.

P/S : esok semua off line..<--------------tipu..:P ha ha

Thursday, March 10, 2011

dunia aku : dunia sepanjang aku tak updates blog :)

Salam. :I
agak lama blog dah x diupdates. bersarang dah blog cian nya.
sorry my blog. afwan jiddan. :)
ada komitmen lain yang perlu di selesaikan.

meh aku a.k.a saia. a.k.a syirah <---nama baru :P

g indonesia selama 2 minggu.
ini adalah sebab utama tak updates2 blog buzy ngan hal family kat sana. Lagi pun bukan selalu pat balik Indonesia jumpa family kat sana kan. so terabai la blog nie bersebab. nanti upload gambar k. tggu je.. :)
meh cita ckit cerita pasal indonesia nih. actually my papa  orang sana bahagian Makassar, Sulawesi  Selatan.
pemandangan kat sana fuhh cantekkk. subahanallah. Tak tergambar dengan kata2. Orang kat sana pun semua ramah-ramah belaka. Tetapi ada 1 benda hal yang kat sana membuataka aku rasa masih banyak 'kerja' yanga ku perlu lakukan. 

selsema + sakit2 badan + kurang sihat
ini salah 1 lagi sebab aku tak updates blog. 3 in 1 aku hari tu. so aku pun tak tahu nak tulis pa time sakit masa tu. of coz idea ada tapi tak larat la nak menghadap lappy time tak berapa sihat. 
tapi now alhamdulilaha ku dah sembuh .:)

balik kampung belah mak : adik moyang meninggal
aku ikut mama balik kampung . Moyang aku lebih setahun yang lalu telah dulu pergi. sedih . sebak. mana tak nya, masa tu aku kat Indonesia ngan adik aku. so memang tak sempat jumpa moyang aku. Last aku jumpa dia sebelum akku berangkat g Indonesia masa kau form4 masa tu. Yang adik moyang aku nih, aku pun tak pasti bila last jumpa. ermm kalau tak silap masa majlis arwah moyang. semoga rohnya dicucuri rahmat.

aku dah kerja sekarang
ye, aku dah kerja. tak caya ka? Aku pun tak caya dulu aku nak kerja tapi mama memang tak kasi. Then hari pintu hati mama terbuka bagi aku kerja tapi..lepas balik dari Indonesia la. Hari dah masuk 5 hari aku kerja.
aku kerja kat butik. kerja pa? Jadi boss a.k.a manager he he.. betul la. abi dan umi (owner butik putrasyzleen collections) g KL ambil tempahan dan stock baru. 

Itu lah antara napa aku tak updaters blog. kekangan masa. bukan sengaja. FB pun jarang aku updates. Tak tahu nak updates apa. Kalau ada terlintas kat kepala otak aku time tu,aku bukak la FB n upsates.:) atau pun nak bagi tahu sumthing kat member + sedara + kazen :)

num celcom aku tak dapat dihubungi buat sementara nih.
nak tahu kenak?  kenapa? simcard celcom aku tinggal kat Indonesia :).
jadi aku kehilangan sebahagian num contact dalam sim tu.
jadi aku buat simcar replacement. masih guna yang sama.:)
tapi aku tak guna sekarang la. sekarang aku guna num lain dulu
demi keselamatan dan keamana awam. he he..ngarut je.:P
adalah tu :)  sabar je, nanti aku guna num celcom tu gak.:)

wahh panjang contengan aku plak. :) 
alhamdulilah semua nya berjalan lancar.syukur alhamdulilah.:)

p/s: (*_^) aku insyirah.:)




Tuesday, February 15, 2011

OFFLINE.KU GIE SEBERANG...

aku akan offline..
fb tak akan aku upsates lagi..
blog pun stakat nie dulu. 
doakan semuanya selamat. amin.
dan selamat myambut maulud nabi.:)

Monday, February 14, 2011

Sekurang-kurangnya aku dah cuba..

Bismilahirahmanirrahim.
Ku gagah diri menghadap lappy jua 

sekurang-kurangnya ku dah cuba.

apa yang terjadi sebenarnya? 
biarlah aku simpan kemas-kemas dalam hati ini.
tak perlulah aku cerita apa yang terjadi.
cuma, aku belajar banyak perkara malam nie.

saat ini mungkin aku
rapuh
kecewa
sedih
hampa
terluka

namun aku percaya tiada
kedukaan
kesedihan
kesepian
kecewa
kehampaan
yang abadi di dunia ni. semuanya akan berakhir ini.
asal kita redha dan sabar.
janji-Nya itu benar.

x selamanya hidup akan begini.
hidup kan umpama roda.

tak perlu benci, dendam atau marah.
setiap apa yang berlaku dengan izin-Nya
tentu ada hikmah kan.

malam nie aku pujuk diri.
kalau ini adalah yang terbaik,aku redha dan sabar.
kerna aku tahu,Allah tu takkan menzalimi hamba-Nya.
mungkin jauh di sana Dia sedang rencanakan yang terbaik buat aku kan.
tak perlu fikir lagi. kecewa kali nie,Insya-Allah bahagia di hadapan sana kan.
mungkin saat nie,ini adalah yang terbaik
jangan risau, aku takkan berdendam atau sakit hati 
jauh sekali nak membenci.
aku bukan terlalu baik atau malaikat
aku insan biasa yang tak nk ada dendam,benci dan sakit hati
terhadap insan yang disayang
tipu la tak sedih kan.
orang yang kita sayang..
tapi 1 hal aku aku belajar, 
kita tak leh nak paksa hati dan perasaan insan lain.
kalau itu yang dimahukan aku akan turuti dan hormati
keputusan yang telah dibuat malam nie.
tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba kan..?

nak melupakan? 
sebenarnyakan,semakin kita nak lupakan orang tu, semakin tulah kita 
tak dapat lupakan dia. sies. nie berdasarkan pengalaman 
aku dan sahabat yang lain
cara terbaik.kita biarkan je.
jangan kita paksa.

aku speechless.
bila tgk tarikh hari nie.
kenyataan aku dah dapat.
thanks.

antara kenyataan dan harapan.
sebenarnya,dua2 nie membawa ksakitan kan.
tapi aku lebih memilih kenyataan.
kenyataan nya memang pahit untuk ditelan
sakitnya tu, takyah cakap la...
tapi kenyataan ini membuatkan aku takkan mengharapan pada
yang bernama harapan lagi.

kan.

apa pun sekurang-kurangnya aku dah cuba.
ya.aku dah cuba..dan aku dah tahu cam ne.
kalau aku tak cuba mungkin aku tak tahu kan cam ne
tak usah dibicarakan lagi.
cukuplah ianya terhenti sampai di sini.
bia aku simpan kemas-kemas dan tutup rapat2
semua dalam yang bernama kenangan dan pengalaman.


sekurang-kurangnya aku dah cuba.



p/s: ini bukan entry aku putus cinta a..jangan salah faham. ini entry aku kehilangan..tak apa,aku dah bersiap sedia menghadapi kehilangan nie.i.A aku kuat.amin.







Saturday, February 12, 2011

kebersamaan kita :)


cak! tadaaaaaaaaaaa.
salam. rindu aku dengan skuad lucu. niehhhh..
*takorang la paling..paling lucuuu..
lucu bena aie...:P
lama dah x molh lucu sama2..
ekin, min,jannah,tiqah,ena,far far dan aku la.
da lagi,oyoz, nono, zz ..

 tok pic time BBQ kat umah zz sebelum zz pindah kuching.
banyak gik pic lain p banyak kat fb la..


tok anak dara.sempat pose time nyiang ayam..:P

 tok pic time hangout dgn far far time form4 dulu...
baru terjumpa..
kenek far..far..a.k.a farrah g PLKN.

 gamba webcame :P
ada dalam 100++ gambr diambk time ya..
time plh keja kusus PSK..
p xla nak upload semua kan..
cukuplah sekepng tok..
yang lain dalam simpanan kami masing2 :)

p/s : kat fb jarang aku nak upload pic life..he he..kat blog orang kan jarang baca..jadi aku lebih selesa di sini :)

My adekk 17 years old..today.

salam. 
today is my birthdayyy..<----tipuuu.memang pun tipu.
aku belum habis cakap lagi la....
hari nie.birthday adik aku.
tapi tak macam adik kan..
macam abang aku adalahkan. hihi
semoga panjng umur dalam mengingati Allah dan Rasul.
dan..
semoga berjaya lulus cemerlang SPM tahun nie yea bubut..

meh aku story ckit pasal mamat nie.
dia nie lahir kat sabah sama gak ngn aku lahir kat sana.
aku memang rapat dengan adik sorang nie.
bukan yang lain tak rapat,cuma lebih rapat dengan dia nie la.si bubut nie..
kalau kitaorang hangout sama.macam2 tanggapan orang
ada kata kami 2 kapel la..(pelik,muka kan hampir sama)
ada kata dia abang aku( tu aku sukalah,aku rasa cumil jap:P)
ada kata macam2 la..dan pernah sekali orang fkr kami 2 nie tunangan.
hai,dunia..dunia..suka membuat hypotesis sendiri.
suka buat tanggapan sendiri..

dia nie sorang yang berani.aku respek la.
aku pun tak seberani dia,mungkin sebab dia lelaki kot.

kami banyak share kegemaran yang sma.
terutama g camping.memang selalu g samalah.
so parent pun tak risau kalau kami g camping.
aku boleh tgkkan dia,dia pulak tgkkn aku. :)
 selain tu kalau da masa g  joging petang2
buang apa yang patut bersama kawan yang lain.
kalau tak pun dengan kazen mazen aku.

aku satu2 nya anak perempuan dalam family,
kalau nak g mana2 pun kitaorang selalu g sma.
beli disc, kumpul gadget , bli baju..
sure aku rindu adik2 aku kalau aku g jauh dari mereka kan.

tak rasa kan.masa sungguh pantas berlalu.
hari nie dia genap 17 tahun.
semoga berjaya dunia akhirat.

p/s : hari nie birthday kak.adzni dan oly juak..happy birthday :)

rambut pendek...

salam.
buat pertama kalinya aku berambut pendek...
sebelum nie aku rambut panjang je..

anatara perubhan yang nampak..
1. muka aku nampak kecil..
2. aku nmpak cam budak2 he he..kiuttt.he..

nak tengok? opss..mane lei..aurat la..

p/s: aku teruja buat pertama kali rmbut pendek..nampak lain sangat...*xda la pendek sangat paras bahuu.



berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...